in

“Beli rumah pun lepas” – Anjing Jadi Jutawan ‘Instant’ Lepas Tuan Tinggalkan Wasiat Lebih RM20 Juta

Beli Rumah Pun Lepas Anjing Jadi Jutawan Instant Lepas Tuan Tinggalkan Wasiat Lebih Rm20 Juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, Lobak Merah pernah menulis satu artikel mengenai hidup sebuah keluarga nelayan di Thailand yang berubah selepas salah seorang daripada mereka terjumpa satu mutiara rare yang dikatakan bernilai hampir 10 Juta Baht.

Kali ini, kisah yang lebih kurang sama juga berlaku di Amerika Syarikat, tetapi ia melibatkan seekor anjing pula.


1 Lulu Dog1 E1613182002231

Mungkin bunyinya agak pelik tapi itulah yang terjadi kepada seekor anjing bernama Lulu yang menjadi jutawan instant selepas dia menerima wasiat berjumlah lebih RM20 juta.

Lapor Daily Star, disebabkan terlalu sayang, tuan Lulu, Bill Dorris yang merupakan seorang ahli perniagaan telah meninggalkan haiwan itu lebih RM20 juta di dalam wasiatnya.

Bill Dorris yang tak pernah berkahwin selalu merasa bersalah kerana tak dapat menghabiskan masa dengan Lulu, anjing baka Border Collie itu kerana sibuk bekerja.

Oleh itu, Dorris meninggalkan haiwan kesayangannya itu dalam jagaan rakan baiknya, Martha Burton yang terus menggalas tugas menjaga kebajikan Lulu selepas Dorris meninggal dunia pada usia 84 tahun.

2 Lulu Dog3 E1613182095335

Menurut laporan media tempatan, Lulu yang berusia lapan tahun kini tinggal bersama Martha di rumah wanita berkenaan yang terletak di Nashville, Tennessee.

Wasiat Dorris bertulis, “$5 juta dollar akan dipindahkan ke dalam dana amanah yang akan dibentuk selepas kematian saya untuk keperluan Lulu. Anjing itu akan kekal berada di bawah jagaan Martha Burton.”

Sumber: Daily Star

Baca: “Macam menang loteri” – Nelayan Thailand Jumpa Mutiara Melo Oren Yang Sangat ‘Rare’, Dijangka Bernilai Hampir 10 Juta Baht

Macam Menang Loteri Nelayan Thailand Jumpa Mutiara Melo Oren Yang Sangat Rare Dijangka Bernilai Hampir 10 Juta Baht 2 E1613179658619

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.