in

Tuah Pekerja Burger King Dapat ‘Tips’ RM123,000 Dari Rapper Terkenal, 50 Cent!

6.3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah kerja tiba-tiba dapat tips ribu ringgit? Nampak mustahil tapi penyanyi rap ini buktikan sebaliknya.


Baru-baru ini, penyanyi rap 50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis James Jackson III menyertai Jay Mazini, seorang businessman berjaya yang hanya berusia 24 tahun, untuk membuat kejutan terhadap pekerja-pekerja di restoran makanan segera, Burger King di Queens, New York.

Dalam video tersebut, Jay Mazini telah memanggil mereka untuk berkumpul di tingkap pandu-lalu restoran lalu bertanyakan keadaan mereka di sana.

Macam mana keadaan korang semua? Semua baik-baik je?

Macam mana korang semua dengan Covid?

Dorang bayar ok ke?

Kemudian dia mengatakan bahawa 50 Cent berada di situ untuk menunjukkan tanda kasih sayang terhadap mereka sebelum mengagihkan sebahagian duit tunai kepada pekerja-pekerja tersebut.

Namun, mereka lebih terkejut semasa 50 Cent mengeluarkan lebih banyak duit tunai daripada poketnya. Jumlah yang diberikan oleh kedua-dua mereka ialah sebanyak 30,000 dolar.

Jay Mazini juga telah membuat posting pada hari yang sama :

Semasa pandemik ini, saya dan 50 Cent beri 30,000 dolar kepada pekerja yang bekerja keras tersebut” – Jay

 

Setakat ni, admin tak pernah dengar lagi lah berita gini dari artis tempatan…

 

Baca : “Macam ada something wrong” – Netizen Pelik Kenapa Singa Di Zoo Negara Kurus Macam Tak Makan, Sedangkan Ada Derma Dari Orang Ramai

86

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.