in

Neelofa Akhirnya Dirisik PU Riz, Bakal Jadi Wedding Of The Year?

Cats 4 E1609033473909

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya! Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa hari ini dikhabarkan telah menerima risikan daripada keluarga PU Riz. Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan berkenaan sahaja.



Capture 4

2 2

Berita ini diumumkan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini di laman Instagram miliknya. Dia meluahkan rasa syukur kepada Ilahi kerana menghadirkan insan yang istimewa untuk membimbing dan membahgiakan anaknya, Neelofa.

“syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..”

“aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya”

Menurut sumber, pihak keluarga PU Riz dan Neelofa terlebih dahulu mendirikan solat Asar yang diimamkan sendiri oleh PU Riz, sebelum memulakan majlis merisik.

41604229712 Freesize

51604229723 Freesize

Hubungan di antara Neelofa atau nama sebenarnya, Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Haris Mohd Ismail, 25, sudah pun dihidu oleh pihak media beberapa bulan belakangan ini ekoran kerap dilihat bersama.

Untuk rekod, pasangan ini sering dilihat bekerjasama dalam mengadakan program keagamaan untuk Pertubuhan Kasih Neelofa, sekaligus merancakkan lagi gosip daripada pihak media.

Neelofa dan PU Riz bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac tahun depan. Adakah majlis perkahwinan mereka bakal menjadi wedding of the year?

BACA: “Love you bidadariku Neelofa” – Ibu Kongsi Video Menyentuh Hati, Neelofa Kini Sudah Berniqab?

Xx 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.