in

“Trend yang meragut nyawa”- Sanggup Suntik Minyak Tanah, Minyak Zaitun & Kasturi Sebab Nak Zakar Besar Dan Puas Masa Main?

Featured

Adakah ini boleh dikatakan sebagai kerja gila demi memuaskan nafsu serakah atau ini satu keperluan?

Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan ‘kegiatan’ menyuntik minyak tanah, minyak zaitun, minyak kasturi dan silikon dijadikan sebagai ‘amalan’ sesetengah lelaki di negara ini semata-mata bagi mendapatkan saiz zakar yang diidamkan.

 

Paling mengerikan apabila kulit zakar mereka yang rosak perlu dilapah, dibuang sepenuhnya dan…

Suntik
Sumber : sabah post

Sedar atau tidak mereka sebenarnya telah mempertaruhkan nyawa masing-masing hanya demi mendapatkan saiz zakar yang dibanggakan.

Memetik Harian Metro, rawatan yang mereka lakukan ini sebenarnya mampu meragut nyawa mereka dan paling mengerikan apabila kulit zakar mereka yang rosak perlu dilapah, dibuang sepenuhnya dan diganti dengan kulit peha.

Pakar Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Fam Xeng Inn mendedahkan yang aktiviti menyuntik benda asing itu dilihat sebagai trend yang semakin berkembang biak, apabila beliau sendiri secara purata telah merawat kira-kira 20 pesakit setahun sejak lima tahun lalu.

Katanya benda asing seperti minyak tanah di dalam badan akan meransang tindak balas sel darah putih.

“Tindak balas itu akan membentuk ketulan keras di lapisan bawah kulit dikenali sebagai granuloma yang mengakibatkan zakar bengkak dan keras dengan rupa bentuk yang teruk. Memang tak dinafikan pada peringkat awal selepas suntikan, zakar pesakit akan mencapai kekerasan memuaskan semasa ereksi,”

 

“Isu saiz zakar tak cukup besar ni lebih kepada persepsi je sebenarnya…”

Shutterstock 216006532
Sumber : blog

Malah katanya ada kes yang minyak disuntik tersebut mengalir ke bahagian testis sebelum melekat di telur dan menyebabkan kantung telur terpaksa dibuka.

“Apabila perkara buruk berlaku, mereka malu berjumpa doktor dan kembali berjumpa juruterapi tidak bertauliah untuk mendapatkan nasihat,”

Sebenarnya saiz kelamin tak cukup besar ini lebih kepada persepsi bagi sebilangan lelaki akibat faktor persekitaran termasuk ketika menonton video lucah.

“Biasanya orang mempunyai persepsi, saiz zakar mereka tidak cukup besar, tetapi apabila kita periksa sebenarnya mereka saiz mereka normal. Tiada keperluan dibedah apatah lagi memasukkan benda asing,” – Prof Dr Shaiful Bahari Ismail

 

Haa baca ni guys, jangan sebarangan beli produk kat luar tu atau sesuka hati suntik sana suntik sini, nanti merana.

Baca : Weh bapak malu siot! Nak Upload Gambar Rumah Untuk Dijual Tapi Ada Sekali Gambar Buat Projek

Main