“Pernikahan bukan sesuatu yang boleh dibuat main.”
Demikianlah luahan hati seorang wanita yang kecewa diceraikan suami hanya lapan bulan selepas mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Segalanya kerana pakaiannya tidak sengaja terkena nasi yang dihidangkan buat suami ketika sedang menyiapkan makanannya.
Rupa-rupanya si suami menghidap penyakit mental Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Namun, penyakit itu dirahsiakan daripadanya dan hanya diketahui sehari selepas mereka berkahwin.
Wolipop melaporkan, Eka S Rufaidah mendedahkan, ketika pertama kali bertemu suaminya yang juga seorang doktor berusia 39 tahun, dia sudah mengajak Eka untuk berkahwin dengannya.
Pertemuan pada 26 Februari 2022 itu turut disertai seorang rakan Eka dan ibu bapa serta adik-beradik bekas suaminya.
“Dari pertemuan itu, orang tua dia minta proses pernikahan dilangsungkan dengan cepat. Mereka hantar rombongan merisik pada 6 Mac dan kami bernikah pada 13 Mac di rumahku. Ada perancangan majlis resepsi akan dijalankan pada 20 Mac di bandar tempat tinggal pihak lelaki. Biaya resepsi semua dia tanggung,” jelas Eka.
Mula marah-marah pasal benda kecil
Kata Eka, sehari selepas bernikah, dia baru mendapat tahu yang bekas suaminya itu mempunyai masalah kesihatan mental yang dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD).
Mengaku tak mempunyai masalah dengan OCD berkenaan, Eka bagaimanapun terkilan kerana bekas suaminya sering mengamuk mengenai hal remeh sehingga membawa kepada penceraian mereka.
Jelas Eka lagi, bekas suaminya itu mahu segala benda di rumahnya perlu disteril. Pun begitu, dia akan marah pula sekiranya rumah yang bersepah dikemas orang. Emosi tidak stabil lelaki terbabit menyebabkan Eka menjadi takut.
Dituduh isteri derhaka sebab letak bantal kat peha untuk alas perut masa sakit senggugut
Kata Eka, pada 13 Mac iaitu sehari sebelum suaminya menceraikannya, dia pernah disuruh membuang beras yang dicuci kerana cara cuciannya tidak sesuai dengan cara yang diingininya.
Tidak cukup dengan itu, Eka juga mendedahkan suaminya pernah menuduh dirinya isteri derhaka kerana dia meletakkan bantal tidur di peha kerana mahu mengalas perut ketika sedang sakit senggugut.
“Dia tiba-tiba membentak dengan keras, sampai aku dikatakan isteri tidak taat,” katanya.
Difahamkan, keesokan hari selepas insiden berkenaan, Eka meminta kebenaran suaminya untuk pulang sendiri ke rumah ibu bapanya.
“Aku pulang menggunakan bas menuju Bandung. Hari sama juga dia kirim WhatsApp katanya dia sudah menceraikan saya,” kata Eka.
Kisah Eka itu turut dikongsikan wanita terbabit di laman sosial Twitter. Dia turut sempat memberi pesan kepada lelaki lain supaya menghormati wanita dan menasihati semua agar tidak menganggap perkahwinan itu suatu benda yang sia-sia. Eka juga berarap tiada wanita lain yang akan menerima nasib sama seperti dirinya.
Sumber: Wolipop
Baca: Kantoi Ramai Skandal, Suami Ceraikan Isteri Masa Hamil 2 Bulan & Tuduh Bukan Anaknya