Lepas asyik bergaduh tentang hak transgender nak masuk tandas perempuan ke lelaki, sekarang dah keluar satu jalan penyelesaian.
Menurut The Star, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh mengumumkan bahawa komuniti transgender ni boleh gunakan tandas khas untuk OKU buat sementara waktu sampai mereka diterima oleh masyarakat. Hmmm….
Pendekatan sementara ni diambil sebagai penyelesaian terbaik buat masa ini selepas mengambil kira perasaan kaum wanita yang berasa tak selamat bila komuniti transgender menggunakan tandas wanita.
“Mereka ni jiwanya perempuan, mereka takut kepada lelaki. Mereka rasa bila masuk tandas lelaki, mereka mungkin akan dicabul”
“Jiwanya perempuan walaupun alatnya lelaki”
“Bila ke tandas wanita, orang perempuan pula tak selesa sedangkan selama ni tak rasa apa pun. Oleh sebab isu ini dah jadi isu besar, timbul lah dilema golongan transgender. Dilema transgender ni sudah menjadi ‘teropong awam’”
Menerusi KiniTV jugak, tambahnya lagi, walaupun ada wanita yang tak kisah dengan kehadiran komuniti transgender dalam tandas wanita tapi masih ada yang runsing mengenai hal aurat. Jadi perkara ini perlu diambil kira.
“Kita mahu membawa mereka kembali kepada fitrah, bukannya mengiktiraf. Dalam proses ini, ia akan mengambil masa dan ramai juga transgender sudah kembali kepada fitrah. Kita kena faham mereka ini, dalam proses itu mereka masih perlu menggunakan tempat awam.”
Nota: Gambar hiasan diatas hanyalah sekadar ilustrasi.
Baca: Ramai Mula Boikot Shell Kerana Sokong Pekerja LGBT