in

Ramai Mula Boikot Shell Kerana Sokong Pekerja LGBT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu LGBT telah menjadi isu hangat sepanjang minggu ini. Ramai yang marah dan menolak budaya bebas LGBT dan ada jugak golongan yang mahu pertahankan hak golongan ni yang kononnya tertindas.


Tapi kenyataan yang dikeluarkan syarikat minyak Shell baru-baru ni agak mengejutkan bila dorang tetiba menyatakan sokongan kepada kakitangan LGBT. 

Lgbt 2
sumber: facebook

“Di Shell, kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang. Begitu juga dengan perniagaan. Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang.

“Atas sebab itu, kami berbangga menyokong kakitangan LGBT, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” tulis pihak syarikat minyak Shell.

Kenyataan daripada Shell ni telah viral di Facebook dan netizen dengarnya nak boikot syarikat minyak ni. Katanya ada banyak lagi syarikat minyak lain yang pemilik kereta boleh pergi macam Caltex, Petronas, BHP dan Petron.

Boikottts
sumber: facebook

Meskipun ada yang claim situasi ni mungkin hanya berlaku kat Shell luar negara je dan rakyat Malaysia tak perlulah kecoh-kecoh nak boikot sebab Shell Malaysia tak menyokong budaya LGBT, nampaknya tanggapan korang salah. Kami sudah pun siasat dan laman Shell Malaysia juga menyokong LGBT sama seperti Shell Global. Boleh baca kenyataannya di sini

So macam mana? Korang pun nak ikut boikot jugak ke Shell? Makin lama makin rumit isu ni. 

Baca: Pulau Pinang Iktiraf LGBT?

Lgbt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.