in

Tragis! Ini 5 Selebriti Yang Meninggal Dunia Kerana Mati Lemas

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes lemas yang berlaku di Pantai Batu Burok baru-baru ini melibatkan seorang lelaki yang sedang berkelah dengan keluarganya telah membuatkan ramai orang semakin sedar dengan bahaya berenang lebih-lebih lagi ketika cuaca yang tak menentu macam sekarang ni.


Walaupun mati lemas bukanlah salah satu punca kematian yang biasa berlaku, tapi setiap tahun mesti ada je berita menyebabkan mati lemas ni. Malah bukan tu je, ramai juga selebriti-selebriti terkenal yang telah meninggal dunia kerana mati lemas tau.

Jadi dekat bawah ni, kami akan senaraikan beberapa selebriti terkenal yang telah meninggal dunia disebabkan mati lemas, sama ada di tempat terbuka atau di rumah mereka sendiri. Jom tengok.

1. Whitney Houstan

221221 Whitney Houston Mjf 1652 648614

Whitney Houstan merupakan salah seorang artis paling berbakat dalam generasinya dan juga salah seorang artis yang bermasalah. Kalau korang nak tahu, Whitney mempunyai masalah dengan ketagihan dadah sehingga ia telah memberi impak kepada kerjayanya dan kematiannya.

Whitney dilaporkan lemas di dalam tab mandi di dalam sebuah hotel di Beverly Hills pada 11 Februari 2012. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa dadah jenis cocacine dan penyakit pada hati telah menyebabkan kematiannya.

Lebih malang lagi, anak perempuannya Bobbi Kristina Brown turut meninggal dunia dengan cara yang sama pada tahun 2015. Bobbi telah ditemui tak sedarkan diri di dalam tab mandi di rumahnya sebelum koma selama enam bulan dan meninggal dunia pada usia 22 tahun.

Pemeriksaan mendapati terdapat campuran ubat yang kuat di dalam badannya namun gagal mengetahui sama ada kematian Bobbi adalah disebabkan kemalangan atau perbuatannya sendiri.

2. Naya Rivera

5F5C83837Ed0Ee001E25Ef8B

Pelakon Glee, Naya Rivera telah dilaporkan hilang pada 8 Julai 2020 selepas membawa anak lelakinya menaiki bot di Lake Piru yang terletak di California. Anak lelakinya yang berusia empat tahun, Josey telah ditemui bersendirian di dalam bot.

Pasukan penyelamat telah mengambil masa lima hari untuk menemui mayat Naya yang lemas di dalam tasik tersebut. Dipercayai, Naya dan anaknya telah berenang berhampiran bot mereka sebelum terperangkap dalam arus karau (rip current) dan hanya sempat menyelamatkan anaknya namun tak mempunyai tenaga untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

3. Natalie Wood

Gettyimages 139633606

Artikel berkaitan: Dari Marilyn Monroe Ke James Dean, Ini 4 Kematian Selebriti Klasik Yang Mengejutkan Hollywood

Pelakon Natalie Wood yang dikenali dengan watak di dalam filem klasik West Side Story (1964) mempunyai kerjaya sebagai pelakon berjaya sebelum kematian misterinya pada 1981

Natalie telah bercuti di atas kapal layar di Santa Catalina bersama suaminya dan heronya dalam filem Brainstorm, Christopher Walken.

Dua lelaki ini mengatakan bahawa mereka telah masuk tidur sebelum Natalie sebelum bangun dan menyedari bahawa wanita ini telah menghilangkan diri. Mayatnya ditemui sejauh satu batu dari kapal layar dalam keadaan lebam teruk.

Pada awalnya, pihak polis mengatakan lebam tersebut adalah kesan jatuh dari kapal namun begitu terdapat beberapa teori yang mengatakan suaminya terlibat dalam kematian pelakon ini.

Pada tahun 2011, punca kematian Natalie ditukar daripada “kemalangan lemas” kepada “lemas dan faktor lain”. Kemudian, pada tahun 2018, suaminya telah dijadikan sebagai suspek utama apabila siasatan ke atas kematian Natalie Wood dibuka semula.

4. Harold Holt

773F35E3F8980D021A245E469F6Ea2Bb

Artikel berkaitan: Harold Holt: Perdana Menteri Australia Yang Hilang Tanpa Jejak Lepas Pergi Berenang

Harold Holt baru sahaja berkhidmat selama dua tahun sebagai Perdana Menteri Australia sebelum hilang secara misteri. Pada 17 Disember 1967, Harold telah pergi berenang ke pantai kesukaannya sebelum hilang selama-lamanya.

Baju Harold telah ditemui di pantai namun tak ada tanda-tanda lain yang ditemui. Sehingga hari ini, Harold masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dijalankan. Lelaki ini akhirnya disahkan meninggal dunia kerana lemas.

5. Matthew Perry

Matthew Perry2 40D0Db9D3D5D4Bdd9335C6Fe0F0C30Bd

Pelakon yang sangat popular dengan wataknya sebagai Chandler Bing dalam sitcom Friends telah ditemui tak sedarkan diri di dalam tab panas di rumahnya di Los Angeles pada 28 Oktober 2023. Matthew Perry kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 15 Disember menemui bahawa kematian pelakon ini adalah disebabkan oleh kesan dadah jenis ketamin. Sebelum ini terdapat laporan bahawa Matthew telah menggunakan ketamin sebagai rawatan depression yang dihadapinya.

Selain itu, laporan tersebut turut menyenaraikan lemas, penyakit jantung dan kesan buprenorfin sebagai punca kematian pelakon ini.

Sumber: Stars Insider, Healthline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.