in

Kes Penggunaan Dadah Semakin Meningkat, Menteri Dalam Negeri Beri Amaran Situasi Perlu Perhatian Serius

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seiring kemajuan zaman, bukan sahaja teknologi berkembang pesat, malah cabaran baharu turut muncul apabila akses kepada bahan terlarang seperti dadah semakin mudah diperoleh. Situasi ini menyumbang kepada peningkatan kes penyalahgunaan dadah di Malaysia yang kini semakin membimbangkan.

Susulan peningkatan isu ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil menyuarakan kebimbangan beliau terhadap trend penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan.


Artikel berkaitan: “Beg dibawa tiada imej mencurigakan” – AKPS Perjelas Isu Juruterbang Malaysia ‘Kantoi’ Seludup D*dah

Artikel berkaitan: 6 Beradik Penganggur Berdepan Hukuman Gantung Atas Pertuduhan Edar D*dah

Dalam ucapannya semasa pelancaran Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah di FELDA Bukit Tangga, beliau memaklumkan bahawa kerajaan kini giat sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

Saveclip.app 760915557 18327437005286912 7864861226409361610 N

Agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini menggandakan usaha kawalan di sepanjang kawasan sempadan negara serta ruang digital bagi membendung gelombang penyalahgunaan dadah sintetik yang semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Kata beliau, kawalan fizikal di sempadan negara sahaja tidak lagi mencukupi memandangkan modus operandi sindiket kini telah beralih ke medium dalam talian.

Walaupun jumlah penyalahgunaan dan penagih dadah di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan daripada 193,000 orang pada tahun 2024 kepada 192,000 orang pada tahun 2025, trend penggunaan dadah secara keseluruhannya menunjukkan perubahan yang membimbangkan.

5801E841 E108 4Bfc 99E2 3659E8D40Ea5

“Hari ini, musuh terus menerobos masuk ke minda anak-anak muda melalui dunia digital tanpa sempadan. Pilihan utama mereka bukan lagi dadah konvensional seperti heroin atau ganja, sebaliknya beralih kepada dadah sintetik jenis ATS (Amphetamine-Type Stimulants) seperti syabu, pil kuda, dan ketamin,”- kata beliau

Tambah beliau, penggunaan bahan berbahaya baharu seperti cannabis sintetik, cecair vape bercampur bahan psikoaktif (NPS), serta penyalahgunaan ubat preskripsi seperti Tramadol dan Codeine secara rekreasi turut menjadikan cabaran penguatkuasaan dan pemulihan semakin kompleks.

31 Vape

Berdasarkan data gabungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan pusat pemulihan swasta, negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran mencatatkan kadar penagihan tertinggi mengikut nisbah penduduk.

Empat negeri yang mencatatkan kadar penggunaan dadah tertinggi:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Kedah

Kedah kini merekodkan angka yang membimbangkan apabila kadar penyalahgunaan dadah mencecah 517 orang bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding purata nasional sebanyak 295 orang.

Lebih merisaukan, golongan yang paling ramai terlibat adalah mereka berusia antara 15 hingga 39 tahun, dengan majoritinya berpendidikan SPM ke bawah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kadar peningkatan banduan kerana dadah

Statistik turut mendedahkan 75 daripada 100 penghuni penjara adalah banduan yang terlibat dengan kes berkaitan dadah. Ini menunjukkan kesan besar penyalahgunaan dadah terhadap sistem penjara negara.

Angka ini melibatkan kira-kira 90,000 penghuni penjara, sekali gus menunjukkan betapa seriusnya ancaman penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Usaha kerajaan bagi membanteras isu ini 

Bukan sekadar membanteras, usaha memulihkan mereka yang terjebak dengan dadah turut menjadi fokus utama kerajaan. Melalui KDN dan AADK, pelbagai program pendidikan, rawatan serta pemulihan diperkasa menerusi 108 pejabat daerah dan 30 PUSPEN di seluruh negara.

Malah, pendekatan pemulihan dalam komuniti turut diperluaskan bagi memberi peluang kedua kepada individu terlibat untuk kembali menjalani kehidupan lebih baik dan bebas daripada dadah.

Mengakhiri ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menegaskan bahawa usaha memerangi penyalahgunaan dadah perlu dijadikan sebagai agenda nasional yang melangkaui perbezaan politik.

Saveclip.app 761356116 18327437032286912 2721165817461657918 N

Beliau menyeru kerjasama bersepadu daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta pemimpin masyarakat bagi memastikan perjuangan membanteras dadah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Dalam masa sama, beliau menekankan bahawa institusi kekeluargaan kekal menjadi benteng pertama dan terpenting dalam melindungi generasi muda daripada terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah.

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.