in

Mangsa Kemalangan Meninggal Dunia Lepas Tunggu Ambulans Datang Lambat Sejam

Iamge 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita kemalangan ni mesti ada je setiap hari dalam berita. Kena langgar kereta, terlanggar tiang lah, bertembung dengan lori, macam-macam ada. Bila berlaku kemalangan pulak, mestilah orang ramai cepat-cepat panggil ambulans dan sedaya upaya nak selamatkan mangsa.


Tapi kesian kat gadis di Mantin, Seremban ni kerana tak sempat diselamatkan dari accident atas sebab yang sangat tak patut. Menurut WORLD OF BUZZ, kemalangan tu berlaku baru pagi tadi pukul 6:30 pagi. Gadis berusia 16 tahun tu khabarnya on the way nak ke sekolah dengan kakak dia naik motosikal.

Dnkwefhkefhejf
sumber: oriental daily

Duk seronok-seronok tunggang motor nak pergi sekolah, tiba-tiba kena langgar dengan kereta dari belakang. Langgar lari pulak tu! Selamba je dia tak bersalah tinggalkan manusia yang dilanggar macam tu je.

Lepas kemalangan tu, kakaknya yang umur 18 tahun cedera sikit je, tapi gadis tu cedera parah dan memang perlukan rawatan perubatan segera. Nak dijadikan cerita, ambulans tu sampai sejam lepas kemalangan. Memang sampai-sampai tu dah tak bernyawa la gadis tu. Kesiannya!

Cjswc
sumber: oriental daily

Setakat ni takde orang tahu kenapa ambulans tu datang lambat, tapi keluarga mangsa terkejut gila bila dapat berita anak-anak gadis dia kemalangan dan salah seorang dah meninggal dunia. Bila ahli keluarga gadis tu sampai je dorang terus menangis sebab remaja perempuan tu dah terkulai atas jalan raya.

Klinik Kesihatan Mantin rupanya takde ambulans tersedia, jadi bila penduduk nak kena guna ambulans, terpaksa guna ambulans dari Seremban ataupun daripada angkatan pertahanan awam kat Lenggeng. So maybe tu salah satu sebab lambat. Ambulans tu katanya wujud kat Klinik Kesihatan Mantin before this tapi dibaiki sejak sebulan lalu tak siap-siap.

Empat
sumber: oriental daily

Rata-rata yang menyaksikan kejadian tu berang dan salahkan ambulans yang lambat tu sebab kalau tak gadis tu maybe masih hidup lagi.

Ajal maut di tangan tuhan, so kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Semoga roh adik tu aman di sana.

Baca: ‘Biasalah driver Malaysia’ – Wanita Keguguran Lambat Tiba Hospital Kerana Kereta Tak Beri Laluan

Sebulam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.