in

Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

Wad Psikiatri Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, isu kesihatan mental mula mendapat perhatian rakyat Malaysia terutamanya apabila depression atau kemurungan menjadi penyakit kesihatan mental paling utama di negara ini.


Menurut laporan Bernama, sejak tahun 2011 hingga 2015 pertambahan sebanyak 50 peratus kadar depresi telah direkodkan berlaku dalam kalangan kita.

Pernah jumpa pesakit Wad Psikiatri?

Dalam mana-mana diagnosis pesakit mental, mereka akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan bersesuaian.

Bagi kes yang agak serius, mereka dinasihatkan untuk dapatkan rawatan di Wad Psikiatri mana-mana hospital. Tapi pernah tak korang baca atau bersemuka sendiri dengan mereka yang pernah menghuni Wad Psikiatri?

Wad Psikiatri 1
sumber: twitter

Pengalaman gadis ini yang dikongsikan di Twitter berikan sisi berbeza buat mereka yang bergelar pesakit mental.

Wad Psikiatri 2
sumber: twitter

Walaupun macam tu, dia tetap takut duduk kat wad ni sebab bayangkanlah, bukan sikit pesakit mental yang ditahan kat sini. Ada yang sampai tahap boleh cederakan orang lain.

Mandi tak boleh kunci pintu

Dahlah pesakit sendiri stress, ditambah pula dengan kita tengok kerenah pesakit-pesakit lain yang bahayakan orang lain. Seram kan kalau jadi macam confessor?

Sampaikan nak mandi pun pintu tak boleh kunci sebab takut ada yang buat benda bukan-bukan pula kat diri sendiri.

Wad Psikiatri 3
sumber: twitter

Sebab orang yang menderita sakit mental ni kita tak boleh jangka perangai mereka. Kesian kan?

Guna serkup kepala lemaskan jururawat

Bukan saja-saja pihak hospital keluarkan larangan macam ni. Korang tengoklah contoh ni, guna shower cap pun boleh nak lemaskan orang.

Dahlah tak ada rasa bersalah pula lepas buat tu. Bahaya!

Wad Psikiatri 4
sumber: twitter

Bayangan mana pula yang nak suruh dia pergi bunuh orang pula ni? Haish, takutnya!

Punyalah takut sampai gadis ni kata nak tidur pun takut ada yang tekup muka dengan bantal. Hari-hari dengar orang menjerit dan meraung kena ikat kat katil pun dah jadi kebiasaan.

Tudung labuh tapi cuba bunuh diri

Sakit mental ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira latar belakang mereka. Hatta mereka yang kuat pegangan agamanya.

Nama pun penyakit, bukan buatan orang.

Wad Psikiatri 5
sumber: twitter

Bukan mudah jadi mereka. Lagi-lagi kalau dapat keluarga macam ni, bukan nak beri moral support tapi dok perli-perli pula. Siapa yang sakit sebenarnya kalau macam ni! Geram pula admin baca!

Kenapa jadi macam ni?

Mesti ramai yang nak tahu macam mana atau kenapa seseorang tu boleh ada penyakit kemurungan, personality disorder atau yang paling biasa kita dengar pun ada keinginan nak bunuh diri kan?

Wad Psikiatri 6
sumber: twitter

Pasti ada kat luar sana mereka yang menganggap pesakit-pesakit mental macam ni sengaja buat-buat gila dan tak kuat iman mereka.

Tapi korang silap sebab mereka ni bukannya tak kuat iman, sebaliknya mereka ni memerlukan rawatan dan sokongan.

Panjang lagi kisah gadis ini kalau ada yang nak baca. Tapi kalau korang kenal sesiapa yang mengalami sakit mental atau hadapi sendiri, segera ke klinik berkaitan dan dapatkan rawatan. Atau hubungi pihak Befrienders untuk bantuan.

Baca: Sebatang Kara, Sakit Mental, Tinggal di Rumah Penuh Sampah

Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.