in

“Tolong ibu bapa jangan berdiam diri” – Lagi Kes Buli, Ibu Sedih Anak Lelaki Kena Tikam Dengan Mata Pensel di Dada

Kesian Adik Pensel

Lagi-lagi kes buli! Boleh dikatakan dalam masa sebulan tu mesti ada beberapa kes buli yang terjadi menarik perhatian netizen ramai.

Kali ini pula melibatkan seorang murid sekolah rendah berumur 8 tahun di Pulau Pinang yang telah ditikam dengan mata pensel oleh rakannya di bahagian dada! Allahu apa masalah budak zaman sekarang ni! 

 

“Andai kata anak kita mengadu dibuli… tolonglah tolong sangat-sangat jangan berdiam diri” 

Menerusi perkongsian Mell Koleksi Balqis iaitu ibu mangsa di Facebook, dia telah menceritakan kisah anaknya yang telah berkali-kali dibuli rakan sekolah. Kali ini lebih teruk, anaknya kena tikam dengan mata pensel di dada! Aduhai… bahaya tu!

Ibu

67489755 405719590296752 5040549085732405248 N

67134787 405719643630080 1144689804647071744 N 1

67144806 405719713630073 602722200985796608 N

67478486 405719846963393 8371607591729496064 N
sumber: facebook

 

Bukan kejadian pertama, pernah kena buli sebelum ini kerana pelajar baru

Dalam posting lain, Mell juga memberitahu pada 2 minggu lepas anaknya sudah pun dibuli oleh sekumpulan murid hanya kerana dia pelajar baru. Anaknya yang malang itu pulang ke rumah menangis dalam keadaan kotor dan memberitahu bahawa rakan-rakan telah memukul dan menendangnya. 

Bukan itu saja, mereka juga mengambil wangnya dan setiap kali pulang ke rumah anaknya mesti mengadu lapar seperti orang tak makan. Aduhai! 

Anak

Malah lebih menyakitkan hati, pada hari anaknya ditikam di dada dengan pensel, rakan-rakan hanya mengaku mereka bergurau dengan budak tersebut. Allah ini ke cara nak bergurau ye?

Saya terdengar cikgu kata.. Depa ni main gurau-gurau.. Tu sampai jadi macam ni.. Saya kata gurau!!!!!!!! Tak cikgu ni bukan gurau.. Sebab buli ni dah berulang..”

67372578 405719746963403 745646643738574848 N

67193358 154973369009087 5844891663071182848 N
sumber: facebook

Buat masa ni katanya adik ni tengah berehat di rumah. Semoga cepat sembuh ye dik. Min doakan semoga tak adalah lagi budak-budak lain yang nak membulinya bila kisah ni dah viral. 

Baca: “Bagus pakcik, saya sokong!” – Bapa ‘Hantar’ Anak Ke Balai Polis Lepas Tengok Video Buli Pelajar Sekolah

Buuu