“Bagus pakcik, saya sokong!” – Bapa ‘Hantar’ Anak Ke Balai Polis Lepas Tengok Video Buli Pelajar Sekolah

“Bagus pakcik, saya sokong!” – Bapa ‘Hantar’ Anak Ke Balai Polis Lepas Tengok Video Buli Pelajar Sekolah

 
 
00:00 /
 
1X

Beberapa hari lepas satu video viral menunjukkan seorang pelajar dibuli mendapat perhatian pihak polis. Menurut Utusan Borneo, kejadian buli itu berlaku di Miri, Sarawak dan mangsa yang berusia 13 tahun itu dibelasah teruk oleh beberapa orang remaja.

Bapa mangsa kemudian tampil buat laporan polis pada hari Isnin (15 Julai) selepas video anaknya dibuli secara fizikal oleh 5 remaja itu tersebar di Whatsapp. Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata,

Mangsa takut membuat laporan kerana telah diugut oleh suspek-suspek.”

Biasalah kalau dalam kes buli macam ni, mestilah ibu bapa nak lindungi anak yang menjadi mangsa kan? Namun, bapa salah seorang suspek tidak melindungi anaknya seperti yang selalu kita dengar.

Menurut Harian Metro, bapa salah seorang suspek telah tampil membuat laporan polis serta menyerahkan anaknya kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes. Difahamkan, dia mendapat tahu anaknya terlibat dalam insiden itu selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya.

Sumber: Facebook

Dalam kejadian yang berlaku 8 Julai lalu, mangsa telah ditendang dan ditumbuk oleh 5 remaja terbabit hingga mengalami kecederaan dan trauma.

Mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan.”

Menurut Meng Seah, kes terbabit merupakan yang pertama dilaporkan di Miri pada tahun ini dan kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Facebook

Cayalah pakcik. Orang lain sorok anak taknak bagi masuk penjara, tapi pakcik serah anak sebab tahu dia buat salah!

Baca: “Ini ke yang dorang belajar dekat sekolah?” – PDRM Cari Lima Remaja Pukul Budak 13 Tahun

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!