in

“Tolong hantar saya”- Pelatih Tentera ‘Hijack’ Bas Sekolah Sebab Homesick, Nak Balik Rumah

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasan korang bila dapat tahu anak korang berada dalam keadaan bahaya? Mesti korang cemas, betul tak?


Situasi ini turut dirasai oleh segelintir ibu bapa bila dapat tahu bas sekolah yang anak diorang naik kena ‘hijack’ dengan orang bersenjata. Confirm jantung tu dup dap dup dap tak berhenti fikirkan keselamatan anak dalam bas tu.

 

Rampas bas sekolah

Kejadian itu berlaku apabila seorang pelatih tentera dilaporkan merampas sebuah bas sekolah di South Carolina, Amerika Syarikat semalam sebelum membebaskan kesemua kanak-kanak di dalam bas itu bersama dengan pemandu bas.

Suspek didakwa meninggalkan pangkalan tentera Fort Jackson pada jam 7 pagi dengan membawa senapang tanpa peluru dan cuba untuk menahan seorang penunggang motorsikal di Lebuhraya Interstate 77 sebelum bertindak untuk ‘hijack’ bas sekolah.

Komander pangkalan, Brig. Jeneral Milford Beagle Jr. mendakwa yang suspek mungkin homesick sehingga sanggup untuk memanjat tembok tinggi dan meredah kawasan hutan untuk meninggalkan Fort Jackson.

Screenshot 16

Sewaktu suspek cuba merampas bas sekolah tersebut, dia beritahu kepada pemandu bas yang dia tak mahu cederakan sesiapa dan hanya mahu pemandu itu turunkan dia di bandar berdekatan sahaja.

 

Mula rimas bila kanak-kanak banyak tanya

Dalam video tersebut, korang boleh dengar yang pelatih tentera itu berteriak menyuruh pemandu bas untuk cepat-cepat tutup pintu dan terus pandu bas macam biasa. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengarahkan kesemua 18 orang kanak-kanak di dalam bas sekolah tersebut untuk bergerak ke bahagian depan bas.

Dengan penuh ketakutan, ada beberapa orang kanak-kanak di dalam bas itu mula bertanya soalan sama ada suspek mahu mencederakan mereka atau pemandu bas sahaja.

Rimas dengan persoalan yang banyak dari kanak-kanak di dalam bas itu, lelaki itu, suspek mengarahkan semua kanak-kanak dan pemandu bas untuk turun dari bas sekolah tesebut dan dia bertindak untuk memandu sendiri ke destinasi yang ingin dituju sebelum ditahan oleh pegawai polis.

Screenshot 12

Suspek didakwa dengan 19 tuduhan menculik dan beberapa tuduhan lain termasuk rompakan bersenjatan dan kecurian senjata.

 

Sumber: NBC News

Baca:”Mcm mana dorang tahu ada emas?”- [VIDEO] Perompak ‘Hijack’ Kenderaan Pengedar Emas di Highway Sg Besi, Bawa Lari & Bakar

Capture 29

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.