• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Mcm mana dorang tahu ada emas?” – [VIDEO] Perompak ‘Hijack’ Kenderaan Pengedar Emas di Highway Sg Besi, Bawa Lari & Bakar

by Sue Idris September 22, 2020, 4:51 pm

ShareTweet
Rompak Highway

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan beberapa orang individu melakukan rompakan bersenjata di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), semalam. Menurut Sinar Harian, mangsa merupakan seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas berdepan dengan detik cemas itu pada jam 3.35 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata mangsa yang ditemani seorang rakannya dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi sebelum dua buah Hilux menahan kenderaan mereka.

“Dua buah kereta jenis Hilux warna hitam menahan kereta mangsa, kemudian seramai tiga suspek bersenjatakan parang memecahkan cermin kereta itu.”

Suspek menarik mangsa dan rakannya keluar dari kereta sebelum melarikan kenderaan itu bersama wang tunai dan emas.”

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/2829722210636413

 

Mangsa cedera, kenderaan dibakar suspek

Menurut Harian Metro, semua suspek berbadan besar memakai baju lengan panjang serta memakai topeng ski dan disebabkan rompakan itu, mangsa serta rakannya dilaporkan cedera.

Zairulnizam berkata, mangsa mempunyai urusan jual emas kepada beberapa kedai emas di Kuala Lumpur dan hasil siasatan awal, polis telah menemui kenderaan tersebut dalam keadaan terbakar.

“Hasil maklumat awal, kereta mangsa ditemui di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar.”

Kereta 1

Pihak polis kini sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes di talian 03-2297922. Anggaran kerugian juga masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

 

“Macam ada orang dalam bagitahu”

Melalui Twitter dan Facebook, sesetengah netizen berasa curiga dan tertanya bagaimana kesemua suspek tahu kenderaan tersebut membawa emas serta barang berharga.

Mereka mengesyaki kejadian samun itu telah dirancang dari awal dengan teliti dan turut mempunyai syak wasangka terhadap ‘orang dalam’ yang mungkin terlibat sama. Tapi, ada juga yang kata mungkin suspek dah perhatikan mangsa sebelum kejadian.

Facebook

Twitter

 

Apa-apa pun, saksi diminta tampil ke balai untuk bantu polis  selesaikan kes ini…

Baca: [VIDEO] Pakai Mask & Hand Sanitizer Sebelum Merompak Kedai Emas, Kumpulan Perompak Ini Tarik Perhatian Netizen

2India

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Terkini

  • Ft Tiket Madani 1

    Isu Tiket MADANI F1: Zhiddin Aziz Rasa Kerajaan Tak Patut Laksanakannya Sebab..

  • Syaz Ft 2026 07 30T165925.462

    Artis Legenda, Pelakon Veteran & Bekas Hero Remaja Antara Individu Bankrap

  • Ft Poerbank

    Gara-gara Degil Tak Patuh Arahan, Powerbank Milik Warga China Terbakar Dalam Kapal Terbang

  • Bayi Baru Lahir Kesan Tikaman Dalam Mangkuk Tandas

    “Seorang lagi dalam kandungan” – Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Keadaan Menyayat Hati, Pasangan Pelajar Kolej Ditahan

  • Syaz Ft 2026 07 30T153658.380

    “Mau masuk tapi blacklist…” – Akaun TikTok Didakwa Bawa PATI Indonesia Ke Malaysia Naik Speedboat?

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 7

    Aquaria KLCC Berbaloi Ke? Ini Spot Viral, Harga Tiket & Tips Elak Sesak

  • Collage 8

    Anugerah MIHAS 2026: Mengiktiraf Kecemerlangan, Inovasi Dan Kelestarian Dalam Industri Halal

  • Syaz Ft

    Malaysia Perkukuh Tadbir Urus Digital, IRC 2026 Himpunkan Pakar Dari Seluruh Dunia

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Bekas Suami Zahnita

    Zahnita Wilson Beri Hak Penjagaan Anak Penuh Kepada Bekas Suami Dengan Rela Hati

  • Fazura Henti Provokasi

    “Jangan ganggu saya lagi” – Fazura Luah Sebak, Mohon Henti Provokasi

  • Ft Puteri Balqis

    “Baru je kami bawa dia jalan” – Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Hidap Cyst

  • Ft Lydia Ibtisam

    “Tolong hadiahkan doa dekat dia, 8 tahun control, tapi autoimun itu semakin agresif” – Suami Lydia Ibtisam

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube