in

Tok Sami Raba Payudara & Kemaluan Wanita Semasa ‘Rawatan’, Konon Nak Buang Roh Jahat Dalam Badan

Tok Sami Raba

Orang yang mendalami agama ni selalunya dihormati dan disanjung. Tok sami adalah orang yang dipandang mulia dan dipercayai oleh pengikut mereka. Tapi malangnya, seorang tok sami ni boleh pulak lakukan perbuatan terkutuk, masa upacara keagamaan pulak tu!

Menurut WORLD OF BUZZ, pada 3 Mei lepas, tok sami Taoist di Hong Kong telah meraba seorang ibu dan anaknya dengan alasan dia mahu buang roh jahat dalam badan mereka.

Monk1
sumber: wob

Tok sami tu bernama Yuen Ming-Kuen, 57, dan dia beritahu pada wanita tersebut yang dia mempunyai kuasa menyembuh yang membolehkannya untuk berunding dengan roh jahat serta menghalau mereka melalui upacara keagamaan.

Masalahnya, meraba payudara dan kemaluan adalah salah satu proses upacara tersebut.

Bukan sekali, tapi enam kali dia buat macam tu!

Dalam masa 7 bulan, Yuen guna bermacam jenis alasan untuk meraba wanita tersebut dan dia raba juga anaknya yang berusia 15 tahun masa gadis tu tengah tidur. Alasan dia masa tu adalah untuk ‘check sama ada dia dah dijangkiti racun’ dalam badan mayat.

Monk2
gambar hiasan

Difahamkan, tok sami tu diperkenalkan kepada mangsa oleh kawan wanita tersebut yang arrange pertemuan mereka di rumah wanita tu pada 26 Ogos 2016. Masa tu, wanita tersebut mengadu dia diganggu entiti.

So, masa sampai flat, Yuen cakap dia dapat rasa roh jahat dan terus ‘pagar’ rumah tu sebelum raba mangsa. Katanya, payudara dan kemaluan wanita tu dipenuhi dengan roh jahat dan tangkal daripada roh jahat yang ‘merogolnya’.

Hiasan1
gambar hiasan

Bila disoal di mahkamah, Yuen cakap dia dapat keizinan untuk sentuh wanita tu semasa ketiga-tiga upacara tapi dia juga raba payudara wanita tersebut tanpa keizinan masa upacara lain kononnya nak halang roh jahat tu daripada dengar rancangan dia.

Mangsa dikenakan bayaran sebanyak HK$7,500 (RM3,900) untuk kesemua ‘rawatan’ tapi dia cuma mampu bayar HK$2,500 (RM1,300) sebab tak cukup duit. Perbicaraan seterusnya akan berlangsung 13 Jun nanti sebelum Yuen dijatuhkan hukuman pada keesokan harinya.

Orang agama pun dah tak boleh percaya hmm….

Baca: Ustaz Guna Ilmu Hitam Untuk Jadikan Wanita Ini Hamba Seks Selama Dua Tahun Rupa-rupanya…

Collage 42