in

Ustaz Guna Ilmu Hitam Untuk Jadikan Wanita Ini Hamba Seks Selama Dua Tahun Rupa-rupanya…

Collage 42

Semua orang ada ciri-ciri yang mereka mahukan pada pasangan tapi kadang-kadang kita terlalu taasub pada satu ciri hingga buta dengan perkara lain yang mereka lakukan.

Perkara yang sama berlaku pada seorang wanita dari Subang Jaya ini. Kerana perwatakan lelaki ini yang warak, dia sanggup melakukan apa saja untuk lelaki bergelar ustaz ini.

Menerusi temubual bersama Harian Metro, wanita yang hanya dikenali sebagai Hani ini menceritakan semula bagaimana kisah hitam dalam hidupnya bermula.

Webp.net Resizeimage 3
Gambar hiasan

“Saya mengenali lelaki itu selepas diperkenalkan seorang ahli keluarga yang membawa saya berjumpa untuk berubat ekoran masalah kesihatan. Esoknya, saya mula rasa pelik apabila asyik teringatkan dia dan naluri untuk hidup bersama dengannya begitu kuat.

“Selepas itu, saya dibawa berubat di sebuah rumah di Subang dan di situ saya menyerahkan segala-galanya termasuk kehormatan kerana terlalu ingin bersuamikan dia. Dalam tempoh dua tahun itu, saya langsung tidak peduli nasihat keluarga kerana rela bersama-sama dia.”

Hani merasakan seperti diberikan ubat guna-guna apabila dia sentiasa mengikut arahan kekasihnya yang juga merupakan Ketua Kumpulan Ajaran Sesat.Image 2

“Dia mempunyai ramai pengikut dan mereka ini begitu taasub dengan ajaran yang dibawanya. Setiap hari, saya pula akan menerima arahan pelik supaya merakam lebih banyak video bogel untuk dikongsi bersama dengannya dan saya hanya menurut saja tanpa membantah.

“Selama bersama dengannya, sudah lebih 100 video lucah saya rakam dan serah kepadanya.

“Bukan itu saja, dia juga pernah meminta saya untuk threesome atau melakukan seks serentak bersama isteri pertamanya, tetapi saya menolak.

“Saya pernah dinikahi secara mutaah ketika sedang bersama dengannya dan sejak itu, diri saya seolah-olah terikat dengannya.”

Kerana tak tahan dikurung dan dijadikan hamba pemuas nafsu selama dua tahun, Hani nekad untuk menjejaki isteri pertama lelaki ini untuk menghentikan perbuatannya.

Usaha keras wanita ini membuahkan hasil apabila dia berjaya menemui isteri lelaki ini dan selepas menceritakan segala-galanya, wanita berusia 38 tahun ini sanggup untuk sama-sama membantu Hani membongkar kegiatan lelaki ini.

Sesat 1555907022

“Saya berterima kasih kepada isterinya kerana memahami apa yang berlaku kepada saya. Rupanya dia juga tahu kegiatan suaminya itu yang mempunyai amalan pelik yang bercanggah dengan ajaran agama. Saya bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana rintihan didengari.

“Dia terbuka menerima saya walaupun tahu saya seperti sudah menjadi isteri lelaki itu dan dia juga melihat video kami bersama yang disebarkan dalam kalangan jemaah ajaran berkenaan sejak saya lari daripada rumah yang menjadi kurungan itu.”

Rupa-rupanya, bukan wanita ini saja yang jadi mangsa pemuas nafsu lelaki ini, ada ramai lagi wanita lain yang turut menjadi mangsa termasuk seorang artis.

“Rupanya bukan kami saja, malah seorang artis juga mengakui menjadi mangsa sama sebelum saya dan dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya diperlukan. Bila fikir kembali, saya sedih juga mengenangkan nasib hidup.”

Selepas berbincang, kedua-dua wanita ini nekad untuk membuat aduan di Jabatan Agama Islam Selangor dan laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh.

“Saya akan berkahwin tidak lama lagi, jadi saya mahu lupakan dosa silam saya dengan membantu memberikan maklumat kepada pihak berwajib. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa saya.”

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin mengesahkan pihaknya sudah pun menerima laporan berhubung kejadian ini dan suspek kini sedang diburu.

Admin harap kegiatan lelaki ini dapat dihentikan dan Hani dapat meneruskan hidupnya dengan aman.

 

Baca: Takut Diugut Suami, Wanita Benarkan Anak Dirogol Bapa Kandung Selama 3 Tahun

Screenshot 2019 04 25 At 12.14.12 Pm