Slrppp! Sedap mana pun ramen atau mi instant daripada negara luar, sapa-sapa pun kat Malaysia ni mesti setuju yang maggi mi kita paling best in world kan?
Tapi seorang internet celebrity dari Indonesia bernama Ria Ricis baru-baru ni buat sebuah video dia mencuba mi instant dari Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan netizen negara kita. Fuh! Dah kenapa pulak tu?
Cuba tiga jenis mi instant yang dijual di Malaysia tapi…
Menerusi video yang berdurasi 7 minit ni, Ria dilihat mencuba tiga jenis mi instant yang terdapat di pasaran Malaysia. Dua daripadanya berjenama tempatan dan satu lagi jenama IndoMie dari Indonesia.
https://www.facebook.com/Riariciss1795/videos/744123295930739/
Yang tak bestnya dan buat ramai sakit hati ialah apabila Ria cuba mi instant yang terakhir iaitu Maggi Hot Mealz perisa tomyam dan beri komen tak sedap serta buat reaction yang menjelikkan masa mencubanya.
Ria jugak pada sama cakap maggi tomyam tersebut terlampau pedas lepas makan baru satu suapan sahaja! Uishh overnyaaa….
Bagi rating 4 bintang je dekat maggi tomyam
Kalau maggie jenama Malaysia yang pertama dapat rating 8 dan IndoMie pulak dapat 8.5 (obviously lah kan sebab dari Indonesia), maggi tomyam pulak hanya dapat rating 4 je. Aduh kasihan…
Malah Ria juga cakap, mi instant dari IndoMie lah juara daripada tiga-tiga mi instant tadi.
“Kalau mau makan namanya tomyam perlu ada kuah… astaga!”
Bila dah buat video seperti ni, jelas-jelaslah Ria Ricis mengundang komen negatif daripada netizen Malaysia yang tak puas hati dengan reaction video ni. Ramai juga yang nampak Ria buat maggi tomyam tersebut tanpa tambah air. Aduh salah resepi ni!
“Buat video untuk cari pahala kak jangan untuk tambah dosa”
Bagi yang tak tahu, Ria Ricis ni sebenarnya adik kedua kepada pelakon dan pendakwah Indonesia terkenal, Oki Setiana Dewi yang berlakon dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Disebabkan video macam ni, ramai yang cakap Ria ni langsung tak sama macam kakaknya. Adusss…
Apa-apapun bagi admin, kalau nak membawang tu berpada-padalah ye, netizen. Jaga adab kita sebagai rakyat Malaysia. Maybe Ria tak biasa kot rasa makanan dari Malaysia ni. Sebab tu dia komen gitu.