TM Akan Ganti Semua Peralatan Unifi Yang Rosak Akibat Banjir Secara Percuma

Tambah ke Sumber Pilihan
TM Akan Ganti Semua Peralatan Unifi Yang Rosak Akibat Banjir Secara Percuma

Antara benda yang perlu difikirkan selepas rumah dilanda banjir adalah untuk mengganti semula barang-barang rosak akibat rumah dinaiki air.

Ekoran banjir besar yang berlaku hujung minggu lalu, beberapa syarikat besar bersedia untuk menawarkan perkhidmatan mengganti semula barang yang telah rosak secara percuma atau dengan diskaun yang banyak bagi meringankan beban mangsa banjir.


Telekom Malaysia (TM) juga tak terkecuali tau! Menyedari yang ramai mangsa banjir mengalami kerosakan pada peralatan Unifi, syarikat ini mengumumkan yang mereka akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) yang rosak secara Percuma.

Melalui kenyataan di Twitter, Unifi mengatakan pelanggan yang mahu mendapatkan peralatan pengganti secara percuma ini boleh berbuat demikian menerusi Live Chat di http://chatbot.unifi.com.my atau hubungi terus di talian 100.

Dalam usaha kami untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir, TM bertindak untuk menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak secara percuma.”

Selain itu, Unifi turut memohon maaf dengan gangguan perkhidmatan yang berlaku akibat banjir ini dan memberitahu pelanggan boleh membuat semakan status perkhidmatan yang terganggu di http://unifi.com.my/unifi-alerts.

Pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir ini. Kesabaran dan keperihatinan anda amat kami hargai.”

Baca: Bantu Mangsa Banjir, Perodua Sediakan Pemeriksaan Percuma Untuk Pengguna Terjejas

Screenshot 2021 12 23 At 11.47.31 Am

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

TM Akan Ganti Semua Peralatan Unifi Yang Rosak Akibat Banjir Secara Percuma
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tm-akan-ganti-semua-peralatan-unifi-yang-rosak-akibat-banjir-secara-percuma/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM