in

Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif Covid-19, Mohon Kontak Rapat Buat Swab Test

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang boleh tengok sekarang yang kes Covid-19 di negara kita sudah makin merisaukan. Kalau ada yang tiba-tiba positif Covid-19, diorang pun tak boleh nak agak diorang dapat dari siapa dan dari mana sebab memang sudah tidak terkawal penularan wabak ini.


Baru-baru ini, dua pelakon wanita pula iaitu Tiz Zaqyah dan Nora Danish disahkan positif Covid-19. Mereka memaklumkan berita ini pada pagi Ahad semalam melalui posting di Instagram masing-masing.

 

Terima panggilan pada awal pagi

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Tiz Zaqyah atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, dia beritahu yang dia menerima satu panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya semalam pada jam 8.30 pagi. Rupa-rupanya, panggilan tersebut untuk memberitahu hasil swab test yang dia buat sebelum ini menunjukkan yang dia positif Covid-19 dan dinasihatkan untuk kuarantin di rumah.

“Doakan saya dan keluarga. Stay safe semua.”

Tiz menceritakan yang dia sebelum ini sudah berasa tidak sedap badan bila dia mengalami simptom-simptom seperti batuk dan menggigil. Selain itu, Tiz juga beri nasihat kepada orang ramai untuk cepat-cepat pergi buat swab test kalau badan korang sudah rasa tidak sihat.

“Duduk di rumah sebab wabak ini sudah di merata-rata tempat. No joke.”

 

Terima berita yang sama

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Nora Danish semalam, dia juga menerima berita yang sama apabila keputusan swab test yang dibuatnya pada 8 Mei lalu menunjukkan dia positif Covid-19.

Pada asalnya, dia tidak mengalami sebarang simptom tetapi disebabkan dia kontak rapat kategori C, so, Nora pun buat keputusan untuk lakukan swab test.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat.”

Menurut Nora, anak-anak dan suami juga sudah lakukan PCR test semalam pada jam 12 tengah hari dan berharap agar keadaan mereka tidak sama sepertinya.

“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora pada 4hb sehingga 8hb, tolong buat swab test ya. Stay safe dan jaga SOP. Maafkan saya.”

Nora juga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ambil vaksin pagi semalam di UKM, Bangi selepas mendapat berita tentang kesihatannya. In Shaa Alllah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.

Sama-sama kita doakan mereka berdua cepat sembuh. Korang pun jangan lupa jaga kesihatan dan jaga SOP ye. Kes sekarang ni dah makin mengganas.

 

Sumber: Nora Danish, Tiz Zaqyah

Baca:Bayi IVF Penantian 12 Tahun Positif Covid-19, Puncanya Dari Family Gathering

Capture 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.