in

Bayi IVF Penantian 12 Tahun Positif Covid-19, Puncanya Dari Family Gathering

Fi Baby E1624676409968

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum sedar, sejak akhir-akhir ni kes penularan Covid-19 makin memuncak. Pernah sebelum ini, kita merasai bilangan kes satu angka namun sekarang berlaku sebaliknya.


Walaupun sudah berulangkali diberi peringatan, namun ada juga yang berdegil serta mementingkan diri hingga menjejaskan orang lain.

 

Bayi IVF positif Covid-19

Terbaru tular perkongsian daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Malar, menceritakan tentang pengalaman sedih dihadapinya melibatkan seorang bayi pramatang.

Menerusi luahannya di Facebook, dia menerima seorang pesakit Covid-19 yang masih kecil dan paling menyedihkan apabila mengetahui bahawa dia dilahirkan melalui proses IVF.

Lebih sayu apabila kedua-dua orang tua bayi tersebut memberitahu yang mereka terpaksa menunggu selama 12 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata itu.

Baby 1

 

“Yang sakit siapa, mangsa siapa?!”

Seterusnya dia menceritakan, sebenarnya punca bayi menghidap Covid-19 kerana aktiviti family gathering yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia memberitahu bahawa makcik kepada bayi itu merupakan kontak rapat dan melakukan swab test dengan tergesa-gesa sebab nk sertai ahli keluarga yang lain.

Tambahan pula, pakcik bayi tersebut mengalami demam beberapa hari sebelum mereka semua berjumpa serta menyifatkan tindakan mereka itu sebagai mementingkan diri.

Selain itu Malar turut menyatakan bahawa dia kecewa kerana kesalahan orang lain akhirnya melibatkan bayi itu.

Baby 2 Edit

 

“Ayah kamu menangis tanpa segan silu”

Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur tak ada apa lagi yang boleh dilakukan selain berdoa kepada tuhan.

Si ayah hanya mampu menangis kerana menyesal dengan tindakannya itu, selain si ibu bertanyakan apa kadar kesembuhan dan kematian bayi tersebut.

Menurut Doktor Malar lagi, dia tak tahu nak kata bagaimana, tak tahu nak marah siapa namun meminta untuk semua jangan cuai dan mementingkan diri sendiri.

Baby 3

Tolonglah kita jangan pentingkan diri, kes pun meningkat dengan teruk sekarang ni. Min minta semua selalu lah ingat untuk lakukan apa yang patut untuk keselamatan semua juga.

Sumber : Facebook

 

Baca : Bayi Kembar 3 Positif Covid-19 Tapi Ibu Bapa Tak Kena

Foot Baby

Sumber: Gmbar Hiasan
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.