“Tipu orang kata dah kahwin…” – Instafamous Duduk Serumah, Suka Tunjuk Video ‘Mesra’ Tapi Belum Bernikah?

Kecoh dekat Twitter pasal seorang instafamous yang dikatakan menipu tentang perkahwinannya. Gadis tu juga terkenal dekat Instagram dengan video-video konon sweet bersama ‘suaminya’.

Kalau tengok melalui video tu nampak macam suami isteri, yelah siap berpelukan, bercium dan memang mesra lah kiranya. Tapi, beberapa thread di Twitter baru-baru ni mendedahkan yang mereka berdua tu tak ada ikatan yang sah!

Sumber: Instagram

Thread yang pertama mendedahkan pasal ibu gadis berusia 20 tahun telah mengaku sendiri yang anak dia tu belum berkahwin. Walaupun dia ada post gambar sijil nikah, tapi ramai yang cakap dia edit sendiri dan ambil gambar dari Google je.

Bukan tu je, gadis ni dikatakan dah siap lari dari rumah pada 20 Februari lepas untuk tinggal dengan lelaki tersebut.

Sumber: Twitter

Malah, individu yang buat thread tu sendiri cakap yang dia terpaksa dedahkan semua perkara ni atas kehendak keluarga gadis tersebut. Katanya, adik gadis instafamous tu ada contact dia dekat Instagram dan cakap yang kakak dia dah derhaka pada ibu mereka.

Dia ni mengaku yang dia adik perempuan tu. Cakap yang akak dia ni lari rumah, tinggal dengan jantan tu. Lukakan mak dia apa semua. Kira derhaka dengan mak dia.” 

Sumber: Instagram

Korang boleh baca sendiri thread tu dekat bawah ni.

Lepas tu, ada pula lagi satu thread yang daripada seorang lelaki yang mengaku ibu gadis instafamous ni ada hubungi dia dan minta tolong.

Tadi mak dia call aku cerita semua benda yang dia buat dekat mak dia. Kesian sangat dekat mak dia. Budak ni baru 20 dah kurang ajar and lari rumah. Lepas tu tipu orang kata dah kahwin.”

Bukan tu je, mak gadis ni juga ada cakap dekat lelaki tu macam ni,

Aunty dah tak mampu nak doa baik baik untuk dia, aunty cuma doakan siapa yang bersubahat dengan anak dia akan ditimpa bala besar supaya dapat pengajaran.”

Baca thread penuh dekat bawah ni:

Admin pun tak tahu perkara sebenar, in fact tak pernah dengar pun pasal gadis instafamous ni. Tapi kalau betul apa yang dorang ni semua cakap, harap dia kembali dekat keluarga dan berhenti buat dosa sebab memalukan keluarga je….

Baca: “Sampai mati aku tak halalkan…” – Instafamous 7G2E Buat Hal Lagi, Tipu Tak Buat IG Review Lepas Dapat Duit

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!