in

“Tipah tertipu” – [VIDEO] Ingatkan Bangsal Uzur, Rupanya Ruangan Dalam Serba Mewah

Bangsal Mewah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau masuk sahaja dekat kawasan kampung, sesetengah daripada rumah akan nampak seperti dah lama ditinggalkan, uzur, penuh sawang dan tunggu masa sahaja untuk roboh.



Baru-baru ini, tular seorang TikTokers @salahuddinmazelan ada memuat naik satu video menunjukkan keadaan sebuah bangsal yang sangat usang di luar namun kelihatan sangat mewah di dalamnya.

@salahuddinmazelan

Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Deko dalam macam hotel lima bintang

Dalam kapsyen video tersebut, dia memaklumkan yang ini adalah kali pertama dia melihat tandas semewah itu dengan deko ruangan dalaman dilengkapi warna seakan emas dan kuning diraja. Bukan itu sahaja, ruang tersebut siap dilengkapi dengan ruang membaca dan tab mandi ala hotel bertaraf lima bintang.

Menerusi laporan dari Harian Metro, bangsal tersebut merupakan milik seorang peniaga kedai makan iaitu Baharuddin Mamat, 66 atau lebih dikenali sebagai Pok Din Lejeng.

Keluar modal sampai RM11,000 

Menurutnya, dia menghabiskan RM11,000 untuk mereka dan menatarias bangsal berkenaan bagi kemudahannya sendiri dan pekerja bagi menunaikan solat atau berehat selepas penat menguruskan kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu. Terbaiklah pakcik!

Walaubagaimanapun, jika tandas di kedai makan penuh, pelanggan-pelanggan turut dibenarkan untuk menggunakan tandas di bangsal berkenaan.

Tambahnya, memang ramai yang terkejut dengan ruangan dalaman bangsal berkenaan kerana ia terlihat biasa sahaja di bahagian hadapan. Namun, idea mengubah suai sebegitu dilakukan kerana merasakan ruangan dalaman lebih penting berbanding luar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kagum melihat bangsal tersebut dan ada juga yang berasa kasihan pada awalnya sebelum ‘tertipu’ dengan ruangan dalam persis istana mewah. Ada juga berseloroh yang ini adalah taktik penyamaran terbaik untuk elak pencuri masuk.

Komen Bangsal

Korang mampu tak buat macam pakcik ni? Kreatif betul!

Baca: “Tempat b*rak tu” – [VIDEO] Sharifah Sakinah Dikecam Gara-gara Samakan Tandas ‘Mewah’ Dengan Syurga”

Tandas

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.