in

Tidak Tahu Selok Belok Jalan, Warga Emas 74 Tahun Pandu Lawan Arus Ditahan Polis

Ft Lelaki Landu Lawan Arus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditahan polis susulan dengan tindakannya memandu secara bahaya melawan arus di jalan raya.


Perbuatannya itu telah dirakam dan kini sedang tular media sosial. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Bin Ariffin berkata, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Linkedua, Johor Bahru.

Artikel berkaitan : “Kalau kena tahan, mesti mengaku pemegang kad…” – Netizen ‘Menyirap’ Lihat Myvi Lawan Arus Di Lane Kanan

Artikel berkaitan : Buat ‘Content’ Tahan Penunggang Motosikal Lawan Arus, YouTuber Indonesia Dihentam ‘Rider’

Pelaku telah ditahan kira-kira jam 10.49 pagi tadi di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Ghp Ji Agaaaqkj

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

“Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan mendapati suspek berumur 74 tahun, berasal daripada Segamat dan baru pertama kali datang ke Johor Bahru. Semasa kejadian, suspek dalam perjalanan ke rumah rakannya di Nusa Baru, Gelang Patah.” kata Rahmat.

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut boleh menghubungi BSTPD Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.