in

Buat ‘Content’ Tahan Penunggang Motosikal Lawan Arus, YouTuber Indonesia Dihentam ‘Rider’

Youtuber Indonesia Hentam

Seorang Youtuber dari negara Indonesia yang dikenali sebagai Laurendra Hutagalung dikepung penduduk setempat serta kumpulan rider kerana membuat content untuk memintas dan memberhentikan motosikal melawan arus di Tebet, Jakarta Selatan.

Menurut CNN Indonesia, Ketua Polis Daerah Tebet Kompol Chitya Intania berkata, ketika itu pihaknya terus ke lokasi selepas mendapat maklumat terdapat penduduk yang berkerumun dan membuat kecoh.

Youtuber Laurendra Hutagalung Nyaris Menjadi Bulan Bulanan Warga

Untuk video penuh, klik di sini.

“Punca mereka berkumpul di situ adalah kerana ada sesi mengajar untuk penunggang motosikal tentang arah berlawanan dari YouTuber LaurenTV,” katanya.

Chitya berkata, tindakan Youtuber itu telah mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan kerana ramai di antara mereka tidak setuju dengan tindakan Laurendra itu.

“Ketika dia sedang mengajar, sebilangan pengguna jalan raya (rider) tidak berpuas hati dengan pendapatnya itu, lalu berlaku pertengkaran di hadapan restoran Wong Solo,” katanya lagi.

Pihak berkuasa serta orang ramai cuba meleraikan pergaduhan di antara rider di situ dengan Laurendra. Akhirnya, Laurendra mengalah dan membuat permohonan maaf atas perbuatannya itu.

Selain itu, tiga individu lain yang merupakan sebahagian daripada krew content creator itu kemudiannya ditahan di Polis Tebet.

Baca: Kontroversi Pertandingan Miss Universe Indonesia, Peserta Dakwa Penganjur Ambil Gambar Bogel Tanpa Izin

Ft Miss Indonesia Gambar Bogel