in

“Tidak sepatutnya beku akaun kakak hidap kanser”

Page Anak Najib 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sudah pun melangsaikan bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta yang dibayar secara ansuran beberapa hari yang lalu.


Difahamkan semua akaun milik Najib termasuk milik anak-anaknya telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Malaysiakini, pembekuan akaun ini juga telah memberikan tekanan kepada Puteri Norlisa, anak kedua hasil perkahwinan Najib dengan Tengku Puteri Zainah yang kini menghidap kanser tahap empat.

Putri Norlisa Najib Partner 1
sumber: pnc law

Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata dengan pembekuan akaun yang dilakukan SPRM, Norlisa kini mengalami kesukaran nak membayar bil hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.”

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.”

Ca0E9591
sumber: the star

Jelasnya, tindakan ini juga menyukarkan proses kakaknya untuk pulih daripada penyakit yang dikesan pada tiga bulan yang lalu, lagi-lagi kakaknya itu perlu berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.”

“Apa yang saya boleh cakap, Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri.”

Selain itu, Nazif juga berharap agar kerajaan akan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya ini. Sementara itu, Najib dalam satu kenyataan mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank dan perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.

Kesian pulak bila dah jadi macam ni, anak-anak pulak kena tanggung.

Baca: 5 Anak Najib Razak Dan Kisah Mengenai Mereka

Najib Dan Anak2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.