in

5 Anak Najib Razak Dan Kisah Mengenai Mereka

Najib Dan Anak2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Datuk Seri Najib Razak turun daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Barisan Nasional, privasi hidupnya bagaikan diusik. Wartawan dan pemberita sanggup tidur sehari semalam di hadapan Jalan Langgak Duta just untuk dapatkan scoop berita terbaik mengenai bekas PM ni.


Tapi bukan hanya Najib dan isterinya, Rosmah jadi perhatian. Anak-anak mereka jugak jadi tumpuan umum masyarakat tambah-tambah lepas salah seorang anak Najib dilihat bersenang-lenang dengan aktres Taiwan lepas sehari bapanya dihadapkan ke mahkamah. Oleh tu, admin nak kenalkan korang dengan 5 orang anak Najib Razak dan kisah mengenai kehidupan mereka. 

 

1. Mohd Nizar Najib

Fmt Mohd Nizar Najib Bernama
sumber: blog

Dilahirkan pada 1978, Nizar merupakan anak sulung Najib Razak bersama isteri pertama, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Menurut laporan sebuah portal, Nizar merupakan seorang akauntan bertauliah daripada Institute of Chartered Accountants England and Wales (ICAEW) dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Sama seperti bapanya, Nizar mendapat degree dalam bidang ekonomi perindustrian dari University of Nottingham, United Kingdom. Kini, Nizar bertugas sebagai Pengarah Eksekutif, Penasihat Kewangan Korporat dan Perkhidmatan M&A Deloitte Malaysia dengan mempunyai pengalaman 12 tahun dalam pengauditan dan konsultansi. Fuh bukan main-main ni. 

30716060 10155346534537551 2491185292376208723 N
sumber: facebook

Lebih menarik lagi, Nizar jugak dilihat macam pewaris bapanya lah sebab telah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Pekan. Like father like son! Dia juga telah mendirikan rumah tangga dengan anak arwah Datuk Maznah Hamid, Nur Sharmila Shaheen dan dikurniakan 4 orang anak.

 

2. Puteri Norlisa Najib 

Putri Norlisa Najib Partner
sumber: pnc law

Kalau abangnya seorang akauntan bertauliah, Norlisa pulak apa kurangnya. Baru berusia 37 tahun, Norlisa merupakan antara pengasas firma undang-undang butik yang dipanggil Putri Norlisa Chair (PNC Law).

Norlisa yang berkelulusan Masters in Law dari University of Nottingham ini memulakan kerjaya dalam bidang perguaman di Evershed, sebuah firma guaman British terkenal pada tahun 2005 sebelum pulang ke Malaysia untuk bertugas di Kadir Andri & Partner (KAAP).

36678969 1762530393833843 565572627955974144 O
sumber: youtube

Norlisa yang mewarisi kejelitaan ibunya ini dikatakan menghidapi kanser tahap 4 oleh Datuk Lokman Adam yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru. Isu ni timbul apabila Norlisa dikatakan tak dapat membayar bil rawatannya selepas akaun bank telah dibekukan berikutan kes 1MDB.

 

3. Mohd Nazifuddin Najib 

30697996 1940496659594016 4108176256309133312 N
sumber: facebook

Dato’ Mohd Nazifuddin merupakan anak bongsu Najib dengan Tengku Puteri Zainah. Rasanya nama Nazif ni tak perlu introduction lagi sebab kisahnya yang viral dengan pelakon Taiwan. Namun di sebalik kontroversi itu, tak ramai tahu yang Nazif seorang yang berpengaruh.

Beliau yang merupakan graduan Universiti American Intercontinental dengan ijazah jurusan Perniagaan Antarabangsa ini telah memegang macam-macam jawatan seperti pengarah, pengerusi dan pengasas pelbagai syarikat dalam dan luar negara. Kini Nazif berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MOM bagi penggal 2018-2021.

32323141 1954063514903997 5605541029814992896 N
sumber: facebook

Belum bernikah, Nazif gemar meluangkan masa dengan ibunya dan dilihat sebagai anak yang manja dan penyayang dalam keluarga.

 

4. Nooryana Najwa Najib 

Yana Najib
sumber: mstar

Sebenarnya tak banyak info yang kami dapati tentang Nooryana Najwa atau Yana Najib kalau nak dibanding dengan adik beradiknya yang lain. Yana sama seperti anak Najib yang lain telah melanjutkan pelajaran di luar negara dan mendapat ijazah Bachelor of Science in Foreign Service dari Universiti Georgetown.

Tak lama lepas tamat belajar, Nooryana selamat bernikah dengan Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 2015. Perkahwinan mewah Yana serta nilai hantaran USD 500,000 jadi viral di media sosial, namun pihak Najib menafikan sebarang dakwaan.

Pernikahan Anak Najib Razak 5
sumber: blog

Nama Yana Najib sekali lagi disebut-sebut ramai lepas dia mengadu akaun bank anaknya, Adam Razak dibekukan. Dalam akaun tu ada RM100 je, takkan nilai sekecil tu pun nak dibekukan kan? Apa-apapun, Yana serta adiknya antara anak-anak Najib yang setia bersama bapa mereka walaupun ditimpa pelbagai dugaan.

 

5. Norashman Najib 

Ashman
sumber: instagram

Anak bongsu daripada hasil perkahwinan Najib dan isteri keduanya, Rosmah Mansor ni lebih kurang sama macam kakaknya juga. Tak ada banyak info mengenai dirinya walaupun Ashman gemar berkongsi aktiviti seharian di laman Instagram.

Namun netizen mulai soseh-soseh mengenai Ashman apabila namanya dipetik The Straits Times sebagai 5 anak jutawan Asia yang tak malu mempamerkan kemewahan mereka. Lebih mengejutkan tersebar gambar Ashman di Victoria’s Secret Fashion Show di Shanghai.

Ashman 2
sumber: instagram

Minat Ashman dalam dunia muzik jugak dapat dilihat apabila dia suka berkongsi lagu-lagu remix darinya di Instagram. Selain tu, Ashman juga pernah terlibat dalam kontroversi di Zouk, Singapura melibatkan DJ terkenal di sana. Macam manapun, Ashman seperti adik beradik yang lain merupakan penyokong kuat bapanya dan sering terlibat dalam program-program kerajaan.

Tak sangka semua anak Najib hebat-hebat belaka. Aura bapa bekas PM tu. 

Baca: Viral Dengan Pelakon Taiwan, Ini 5 Perkara Tentang Nazif Najib

Nn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.