in

Tidak Mahu Sakiti Puteri Sarah Lagi, Syamsul Reda Ketentuan Rumah Tangga

ft syamsul reda rumah tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah, Syamsul Yusof meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sejurus tamat sebutan pertama nusyuz.

Menurut Syamsul, dia reda dengan apa sahaja kententuan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin ini serta berharap Puteri Sarah turut berperasaan sama.


https://www.instagram.com/p/CqrZvanPdXF/

“Insya Allah saya cuba reda apa sahaja. Mudah-mudahan begitu juga dengan Sarah.”

“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi,” katanya.

Syamsul ditemani peguam syarie, Azmi Mohd Rais, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi bersama peguam untuk sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.

Hakim menetapkan tarikh baru pada 8 Mei ini sebagai sebutan semula untuk membolehkan kedua-dua belah pihak memfailkan pembelaan.

553

Ia susulan Puteri Sarah tidak hadir pada prosiding tersebut kerana berada di luar negara atas urusan pekerjaan.

Dalam pada itu, walaupun Syamsul reda dengan ketentuan terhadap rumah tangganya, dia tetap berharap semua kemelut yang melanda hubungan mereka itu dapat berakhir dengan baik.

“Doakan untuk saya dan Sarah sama ada ia berakhir dengan baik atau tidak. Saya pun tak nak cakap banyak sebab takut salah cakap,” katanya.

Hmmm apa komen korang??

Sumber: mStar, Instagram (@officialhlive)

Baca : “Baik Sarah atau Ira, dua-dua kekuatan saya” – Syamsul Yusof

dua dua isteri kekuatan saya 758x399 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.