in

“Tiba-tiba dia tegur anak saya” – Minta Tolong Bawak Milo Naik Flight, Rupa-rupanya Isi Dadah!

Milo Naik Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keldai dadah berlegar dekat airport bukanlah situasi baru dekat Malaysia ni. Rata-ratanya akan cari mangsa yang tengah tunggu flightKorang pernah hampir tertipu?



Baru-baru ni, seorang wanita kongsi pengalaman dia dengan anak yang hampir kena tipu dengan keldai dadah dekat airport. Menurut Latifah, kejadian tu berlaku dekat KLIA2 sewaktu mereka berdua tengah berlegar-legar sambil tunggu masa nak naik flight.

Klia
sumber: facebook

Katanya, jarak mereka berdua cuma beberapa meter saja dan tiba-tiba ada seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an menghampiri anak dia.

“Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus Milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon.”

Menurut wanita Indonesia tu, barang dia dah lebih 7kg jadi dia nak tumpangkan bungkusan tu untuk sampai atas flight nanti. Bersangka baik, anak dia pun angguk dan bersetuju untuk tolong pegang paket Milo tu sampai melepasi pemeriksaan imigresen.

Milo 1
gambar hiasan

Masa tu, Latifah akui dah dapat detect sesuatu yang tak kena jadi dia pun mendekati mereka berdua. Dan masa tu juga, dia perasan yang wanita tersebut tak bawa apa-apa beg langsung!

“Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg!”

“Saya cakap dengan tegas, ‘awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang je ‘milo’ tu’.”

Lepas tu, dia terus tarik tangan anak dan berpesan supaya jangan cepat percaya pada sesiapa di airport, terutamanya kalau ada yang minta simpan atau bawa barang mereka. Dia juga berpesan kepada semua untuk berhati-hati supaya tak jadi mangsa kepada orang jahat macam tu.

“Jangan memandai-mandai tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu…”

Kalau korang jenis peramah tak kira dengan sesiapa, make sure lepas ni extra careful la. Especially kalau dekat airport tu!

Baca: Ingat Nak Mengorat, Rupanya Nak ‘Pelepas’ Barang

Ngorat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.