“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

Jadikan sumber pilihan di Google
“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

Misteri kehilangan remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.59 pagi.


Menurutnya, mangsa ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhirnya dilihat.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dengan berpakaian penuh serta tiada tanda-tanda serangan haiwan liar dikesan di lokasi,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kenapa tinggalkan yang sakit dan turun dengan yang sihat?” – Suami Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Terkilan

Artikel berkaitan: “Dah hari ketiga…” – Hilang Ketika Turun Mendaki Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Humaira Masih Belum Ditemui

707931791 18597126436037428 4869256678413504211 N

Kini, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan selepas ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat sekitar jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar tiba lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-tanda-serangan-haiwan-liar-jasad-nur-izzati-humaira-ditemui-dalam-keadaan-sempurna/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen