“Tiada makhluk yg boleh ambil jawatan Tuhan” – [VIDEO] Buat Video Pasal ‘Rezeki Lelaki Dari Redha Wanita’, Syafiqah Aina Teruk Dikritik

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tiada makhluk yg boleh ambil jawatan Tuhan” – [VIDEO] Buat Video Pasal ‘Rezeki Lelaki Dari Redha Wanita’, Syafiqah Aina Teruk Dikritik

Baru-baru ini, suaminya, Hafiz Mahamad dikritik kerana memuat naik proses pengebumian jenazah sahabatnya. Kali ini, Syafiqah Aina pula menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Melalui Instagram, Aina telah memuat naik sebuah video dan mendapat perhatian ramai serta merta dek kerana content yang disampaikan.

Video itu menunjukkan Aina memberi kata-kata dan ‘peringatan’ buat kaum Adam tentang kepentingan mereka menjaga isteri. Namun, salah satu point yang dikatakan oleh Aina tidak dipersetujui netizen iaitu,

Hey lelaki, rezeki kamu datang dari redha kami.”

Rezeki dari redha Tuhan, bukan redha perempuan

Menerusi perkongsian di Facebook, penceramah bebas Aiman Banna telah menegur tindakan Aina dan berkata manusia tidak layak mengambil jawatan Tuhan sebagai Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki.

Rezeki kita datang dari redha Tuhan, bukan dari redha perempuan. Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki itu hanya dan hanyalah Allah. Tiada makhluk boleh mengambil jawatan Tuhan ini sampai hari kiamat.”

Bukan itu saja, Aiman bagaimanapun berkata memang lelaki perlu melayan perempuan dengan baik seiring dengan apa yang dijelaskan di dalam Quran dan Sunnah. Namun, tidaklah sehingga lelaki perlu ‘bertuhankan’ perempuan.

Wahai lelaki, bertuhankanlah Allah, janganlah ‘bertuhankan’ perempuan. Sayangilah Allah melebihi semua makhluk.”

“Cakap dengan muka riak”

Teguran Aiman terhadap Aina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook yang turut memberi pendapat masing-masing di ruangan komen.

Kebanyakannya setuju dengan Aiman dan tidak setuju dengan Aina yang membuat video dan kenyataan ‘berani’ sebegitu. Ada yang berkata, kenyataan itu boleh buat akidah seseorang terpesong.

Beberapa netizen pula cuba menerangkan Aina cuma mahu menekankan bahawa doa seorang isteri itu penting untuk menambahkan rezeki. Namun, ada yang berpendapat Aiman perlu menghubungi Aina sendiri secara peribadi untuk menegur dan menjelaskan hal ini. Tidak perlulah hingga muat naik posting dan canang di media sosial tentang tegurannya itu.

Komen1Sumber: Facebook

Komen2Sumber: Facebook

Macam jalan atas treadmill pulak admin tengok.

Baca: “Semua benda ko nak rakam” – Muat Naik Video Proses Kebumikan Sahabat Baik, Hafiz Mahamad Dikecam Tidak Hormat Jenazah?

Rakam Video Jenazah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tiada makhluk yg boleh ambil jawatan Tuhan” – [VIDEO] Buat Video Pasal ‘Rezeki Lelaki Dari Redha Wanita’, Syafiqah Aina Teruk Dikritik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-makhluk-yg-boleh-ambil-jawatan-tuhan-video-buat-video-pasal-rezeki-lelaki-dari-redha-wanita-syafiqah-aina-teruk-dikritik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM