in

“Semua benda ko nak rakam” – Muat Naik Video Proses Kebumikan Sahabat Baik, Hafiz Mahamad Dikecam Tidak Hormat Jenazah?

Rakam Video Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atas rasa kasih sayang terhadap seorang sahabat, usahawan dan instafamous terkenal, Hafiz Mahamad telah memuat naik video proses pengebumian sahabatnya di Kelantan ke Instagram miliknya.



Video yang telah mendapat lebih 2 juta views itu memaparkan Hafiz yang telah membantu dari segala segi berkaitan pengurusan jenazah rakan baiknya, Loh yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan dan ditempatkan di sebuah hospital.

Antara perkara mengagumkan yang dilakukan Hafiz dalam pengurusan jenazah arwah Loh ialah mewakafkan van jenazah di masjid kampungnya, mengimamkan solat jenazah dan sehinggalah ke tahap turun ke liang lahad untuk mengebumikan jenazah sahabatnya itu.

 

“Semua benda ko nak rakam, cari publisiti murahan” 

Walau bagaimanapun, niat Hafiz berkongsi perjalanan terakhir sahabatnya itu mendapat tanggapan buruk sesetengah netizen yang menganggap ia adalah satu tindakan tidak sopan.

Malah lebih teruk lagi, rata-rata netizen juga melihat rakaman video arwah yang meninggal dunia itu dibuat dengan niat untuk mendapatkan content untuk dimasukkan ke dalam akaun media sosial instafamous tersebut. Aduh… 

Rakaman

 

“Motivasi sahabat yang baik dan patut dicontohi” 

Macam manapun, tak semua orang mengecam Hafiz. Masih ada juga beranggapan niat Hafiz hanyalah nak berkongsi perkara baik dan menjadi contoh buat semua. So kita janganlah cepat judge orang okay? 

Rakan Baik

Apa-apapun admin nak ucapkan takziah. Semoga keluarga arwah dan Hafiz tabah menghadapi pemergian arwah. Al Fatihah. 

Baca: “Dah boleh jalan carilah rezeki” – Aliff Syukri Respon Isu Tak Tolong Wani

Wani 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.