in

“Tiada keperluan buat masa ini” – Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Tiada TPM

My 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi siaran langsung pengumuman kabinet yang sedang berlangsung sebentar tadi, Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri buat masa ini.


Katanya, sebuah kabinet akan dibentuk yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap.

Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.”

Tambahnya, dia akan melantik 4 orang Menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Antaranya :

  • Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
    Industri : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
  • Menteri Kanan – Menteri Pertahanan : YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Menteri Kewangan : YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
  • Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya : YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof

Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

Menteri-Menteri Kanan itu lah yang akan membantunya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaannya dalam negara.

Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.”

Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian akan distruktur semula.

 

Baca : “Semua anggota lepas tapisan SPRM, PDRM” – TS Muhyiddin Umum Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Persekutuan 2020

Kabinetbaru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.