Semalam, Datin Paduka Eina Azman telah kongsikan gambarnya bersama suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden selepas mendapat suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.
Ramai netizen telah menyatakan rasa tak puas hati mereka bila Eina Azman dapat menjadi antara penerima vaksin yang terawal walaupun masih ramai warga emas dan petugas barisan hadapan masih belum mendapat vaksin.
Selepas mendapat kecaman dari netizen, posting dari Eina Azman ini telah pun dipadamkan dari Instagram namun masih ramai menuntut penjelasan.
Ekoran dari ini, Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan yang Eina dan suaminya telah pun menjalani pemeriksaan awal (Pre Vaccination Assessment (PVA)) yang dibuat oleh pakar perubatan dan mendapati mereka tergolongan dalam golongan berisiko tinggi.
Tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.”
Tambah Dr Abdul Malek lagi, HPRB hanya memberikan vaksin di pusat vaksinansi mereka dan tak jalankan pemeriksaan PVA. Jadi, mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan nasihat pakar apabila pasangan ini datang untuk temujanji mereka pada 25 Mei lalu.
Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.”
Korang boleh baca kenyataan penuh dari Dr Abdul Malik dekat bawah ni:
Kesian, selalu tengok Instagram macam okay je, rupa-rupanya Eina dan suami ada penyakit yang dorang sembunyikan…
Baca: “Contoh majikan yang baik” – Eina Azman Balas Budi Bawa Bibik Tunai Umrah Bersama Keluarga