in

“Nak 1 Datin!” – Suami Belikan 4 iPhone 15, Ruangan Komen Eina Azman ‘Meriah’

Eina Azman Iphone 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat barangan teknologi Apple, baru sahaja melancarkan model terbaru siri iPhone iaitu iPhone 15 pada 22 September lalu, ianya secara rasmi dijual di Malaysia pada 29 September ini bermula pada harga RM 4399.

Pun begitu, selebriti terkenal Datin Ainur Syakina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman baru-baru ini berkongsi suaminya baru sahaja menghadiahkannya 4 biji telefon pintar tersebut.


Artikel berkaitan: “Kuat betul gigi dia” – Wanita di China Gigih Kunyah Wayar Kabel Semata-mata Untuk Curi iPhone

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bukan Kes Penyondol, Suami Tak ‘Wish Birthday’ Punca Eina Azman Menangis

Menerusi laman TikTok miliknya, Datin Eina Azman sangat terharu dengan kejutan oleh suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet itu.

@einaazman13

Eina ada lagi 3 Iphone 15??? Ada ke yang nak??? ? #einaazman #fyp

♬ original sound – Eina Azman – Eina Azman

“MashaAllah sweetnya laki I ni. I tak pernah minta update pasal phone phone ni, tapi my husband, dia ni memang suka paksa I tukar phone, I pakai 8 ke 12 pun dah ok,” katanya.

Dalam video tersebut, Datin Eina Azman bertanya apakah yang sepatutnya dia lakukan dengan 3 lagi unit iPhone 15 itu, dia juga seakan memberi bayangan mahu memberikan model terbaru telefon pintar kepada sesiapa yang bertuah.

“Saya nak datin, teringin nak pakai iPhone…”

Ruangan komen video tersebut meriah dengan komen-komen netizen yang mencuba nasib dan meminta agar Datin Eina Azman memberikan telefon pintar itu kepada mereka.

Cats 57

Kalau betul Datin Eina nak bagi free, memang murah rezeki dia sekeluarga kan? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.