in

[VIDEO] Bukan Kes Penyondol, Suami Tak ‘Wish Birthday’ Punca Eina Azman Menangis

Ft Eina Azman Tak Wish Birthday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah memuat naik sebuah video di media sosial yang telah mencetuskan rasa bimbang dan juga pelbagai persoalan di kalangan warganet.


Dalam perkongsian tersebut, dia seakan-akan memberi bayangan dirinya tidak dihargai sekali gus membuatkan netizen berspekulasi bahawa dia dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah sedang mengalami kemelut rumah tangga.

Rupa-rupanya sebab tak wish birthday?

@chantiqrich

KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fypシ゚viral #lounching #chantiqrich

♬ bunyi asal – chantiqrich – chantiqrich

Walaubagaimanapun, semua dakwaan dan spekulasi tersebut telah terungkai apabila punca sebenar Eina Azman bersedih dan menangis adalah kerana suaminya itu lupa untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya seperti tahun-tahun sebelum ini.

Dalam video berasingan, dapat dilihat, Kaiser telah melakukan kejutan buat isterinya dengan membawa sejambak bunga wang ketika pelancaran produk baharu mereka.

@nanadbebe

Replying to @D’Laila Waty

♬ Bebaskan Diriku Cover – Dedyy

Dalam pada masa yang sama, Kaiser turut memohon maaf kerana tidak sempat mengucapkan ulang tahun kelahiran isterinya pada 13 Mac lalu, atas sebab dia ingin membuat kejutan yang berlainan pada tahun ini.

“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja masa ulang tahunnya. Selama ini tidak pernah buat macam ini.”

“Tapi bila dia menangis hari itu, saya hampir nak beritahu dah. Saya tak pernah lupa ulang tahun dia,” jelasnya.

Eina turut akui bahawa dia terlalu overthinking perkara tersebut sehingga membuatkan dirinya rasa seperti tidak dihargai oleh suaminya.

Diva AA bagi komen 

Sehubungan dengan itu, Azwan Ali yang lantang menyuarakan pendapatnya melalui media sosial telah tampil memberi sepatah dua kata.

Dia telah memberikan beberapa kritikan keras terhadap Eina Azman yang dikatakan menggunakan perkara tersebut untuk dijadikan sebagai gimik marketing.

Screenshot 2023 03 20 113508

Ohh rupanya sebab tak wish birthday…

Baca : Datin Eina Azman Kongsi Video Menangis & Luah Rasa Tak Dihargai Undang Pertanyaan Netizen

Ft Eina Azman Menangis 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.