in

Tiada Akad Nikah Di Selangor! 5 Tok Kadi Dikuarantin Sebab Salam Dengan Pengantin Positif Covid-19 Ahli Tabligh

Pe Ngantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya dengan satu salaman, 5 Penolong Pendaftar Jabatan Agama  ISlam Selangor (Jais) terpaksa dikuarantinkan, mereka mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti Covid-19.


Kelima-lima jurunikah yang terdiri daripada golongan berumur 37 hingga 55 tahun itu telah menjalani ujian Covid-19 dan kini sedang menunggu keputusannya.

 

Bersalam dengan pengantin lelaki

Menerusi mStar Online, Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan, 5 ‘Tok Kadi’ itu berhubung dengan individu yang diuji positif Covid-19 di tempat-tempat berlainan.

Pengawai Jais pertama yang berusia 37 tahun ini menjalankan proses akad nikah seorang pengantin lelaki, pengantin tersebut positif Covid-19 pada 6 Mac.

Disebabkan itu, pengantin perempuan serta beberapa saudara mara juga kemudiannya diuji positif Covid-19. Difahamkan, mereka berjangkit daripada salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.

Lelaki itu dikatakan telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 31 Mac lepas.

Tok Kadi kedua yang berusia 43 tahun ada kontak rapat dengan pengerusi dan timbalan pengerusi sebuah masjid yang kedua-duanya positif.

Ketiga, penolong pendaftar perkahwinan berusia 55 tahun, dia telah bersalaman dengan dua individu kumpulan tabligh yang diuji positif Covid-19.

Manakala yang lain-lain punya mempunyai hubungan rapat dengan bapa pengantin lelaki.

Yang akhir sekali adalah lelaki berusia 45 tahun, dia telah menghadiri perhimpunan tabligh itu.

Kesemua daripada mereka kini sedang dikuarantin dirumah. Oleh sebab itu semua upacara akad nikah telh dihentikan semantara oleh Jais.

Hanya dengan satu salaman je weh! Please korang hati-hati lepas ni.

 

Baca : BAHAYA! Lembah Pantai, Kepong, Cheras & Titiwangsa Dah Diisytihar Sebagai Kawasan Zon Merah Coronavirus Oleh Menteri WP

Kuarantin 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.