in ,

BAHAYA! Lembah Pantai, Kepong, Cheras & Titiwangsa Dah Diisytihar Sebagai Kawasan Zon Merah Coronavirus Oleh Menteri WP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan jumlah kes positif Covid-19 yang makin meningkat, Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa telah mengisytiharkan beberapa kawasan di Lembah Klang sebagai “zon merah coronavirus”.


Kawasan-kawasan tersebut adalah Lembah Pantai, Kepong, Cheras dan Titiwangsa. Bukan tu je, bilangan pihak polis, pihak berkuasa dan tentera di kawasan-kawasan ini juga akan ditingkatkan bagi memastikan orang-orang di sana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut TS Annuar, sebanyak 1,413 tentera, 1,500 pegawai polis dan 1,500 pihak berkuasa akan dihantar ke Wilayah Persekutuan untuk membuat pantauan PKP.

Lembah Pantai telah merekodkan kes kedua tertinggi Covid-19 di seluruh Malaysia dengan berada di belakang Petaling Jaya yang mempunyai sebanyak 96 kes.

Setakat hari ini, KKM telah mengesahkan negara kita telah mencatat kes Covid-19 sebanyak 1,306 dan 11 kematian.

Hopefully orang ramai boleh patuh dengan PKP supaya kita boleh hidup seperti biasa semula.

 

Baca: TERKINI: Kematian Ke-11 Akibat Covid-19

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.