“This is not fair! VVIP bergambar di tempat sesak tak dikenakan tindakan” – Student Kena Saman 1K, Syed Saddiq ‘Tegur’ PDRM

Tambah ke Sumber Pilihan
“This is not fair! VVIP bergambar di tempat sesak tak dikenakan tindakan” – Student Kena Saman 1K, Syed Saddiq ‘Tegur’ PDRM

Viral tentang pelajar menangis selepas dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat awam.

Ramai netizen yang mengkritik tindakan PDRM dan bersimpati dengan nasib pelajar tersebut. Begitu juga Syed Saddiq yang bersuara selepas isu itu viral di media sosial.

“This is not fair!”

Melalui Twitter, beliau ‘menegur’ pihak PDRM yang menurutnya tiada sikap belas kasihan sesama manusia. Katanya, tegas dalam menjalankan undang-undang itu memang perlu namun perlulah adil.

Saya faham yang PDRM hanya menjalankan tugas menjaga undang-undang. But this is not fair!”

VVIP bergambar di tempat sesak tidak dikenakan tindakan…

Anak muda yang sekadar buka mask sekejap disaman, tapi VVIP yang bergambar di tempat sesak langsung tak dikenakan tindakan.”

Kita sesama manusia. Perlu ada belas ihsan. Compassion.”

Turunkan mask sebab rasa gatal…

Video viral itu menunjukkan pelajar terbabit menangis selepas dikenakan denda RM1,000 kerana membuka pelitup muka ketika menunggu kereta api di platform stesen Rawang. Ketika disoal wartawan, pelajar berkenaan berkata dia menurunkan pelitup muka ke bawah seketika kerana berasa gatal.

Namun, seorang pegawai PDRM berkata mereka sering kali mendengar alasan yang sama daripada orang awam. Lagi pula, peraturan tentang pelitup muka menyatakan bahawa rakyat perlu memakainya setiap masa di tempat awam yang sesak.

S6Sumber: Twitter

Tempat awam ke tempat sesak?

Netizen juga bersetuju dan berkata ramai pihak berkuasa malah ahli politik juga yang berada di tempat sesak namun langsung tidak mengenakan pelitup muka.

Ada juga yang meminta pihak KKM membuat pengesahan sama ada ianya wajib dipakai di tempat awam atau di tempat sesak. Katanya infografik KKM sebelum ini lebih merujuk kepada tempat yang sesak.

K2Sumber: Twitter

K3Sumber: Twitter

K4Sumber: Twitter

K1Sumber: Twitter

K6Sumber: Twitter

Kesian pulak tengok student tu menangis…

Baca: “Gaji 1.2k, bayar saman 1k” –[VIDEO] Pekerja Kedai Makan Ini Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Salah Cara Pakai Mask

Artikel 1 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“This is not fair! VVIP bergambar di tempat sesak tak dikenakan tindakan” – Student Kena Saman 1K, Syed Saddiq ‘Tegur’ PDRM
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/this-is-not-fair-vvip-bergambar-di-tempat-sesak-tak-dikenakan-tindakan-student-kena-saman-1k-syed-saddiq-tegur-pdrm/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM