in

“They treat me better” – Dikecam Ramai Doktor, Wanita Respon Kenapa Pertahan Klinik Swasta

Ft Wanita Reson Doktor Klinik Kesihatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, viral satu video seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap layanan doktor dari sebuah Klinik Kesihatan terhadapnya ketika ingin membuat konsultasi mengenai keadaan bahunya yang sakit.


Namun begitu, respon yang diterima sangatlah tidak memberangsangkan dan ekoran dengan penularan videonya di TikTok juga, ia mendatangkan rasa tidak puas hati terhadap golongan-golongan perubatan terutamanya doktor dari mana-mana Klinik Kesihatan.

 

Doktor dah marah-marah

Dalam penerangannya, wanita ini menjelaskan riak wajah yang dilakukan oleh doktor itu ketika ingin menjelaskan keadaan bahunya, malah dia juga memperbetulkan ayatnya bahawa bukanlah semua doktor Klinik Kesihatan.

 “Tahu tak muka seringgit tu apa? Muka seringgit adalah bila kita masuk dia (tunjuk reaksi jeling) ataupun dia senyum dekat kawan-kawan dia, dia pusing, lepastu baru bercakap sakit bahu semua dia dah menaip, dia tak dengar dulu, dia tak dengar langsung!”

Malah, dia juga turut menjelaskan reaksi doktor ketika memberikan respon tanpa mendengar dengan teliti.

“I nak cakap lah macam tu, I nak cakap bahagian belakang kepala I kebas, tapi tak sempat nak cakap, sebab dia dah typing, dia dah typing banyak kali dan dia cakap salah tidur kot. Typing dan kot lah trademak doktor Klinik Kesihatan, bukan semua, takut semua lula terasa lepastu guna fake akaun DM saya macam-macam, kata tak mampulah, buat cara tak mampulah, ini lah, itu lah.”

@sri_idrina

#klinikkesihatan #doctor #klinikkerajaan

♬ original sound – SriIdrina – SriIdrina

 

Memandangkan ada doktor yang mempertikaikan dirinya kenapa berjumpa dengan doktor Klinik Kesihatan berbanding swasta, wanita menjelaskan bahawa itu adalah saranan ibunya.

“Saya terpedaya dengan kata-kata mak saya, mak saya kata ubat dari klinik kerajaan lagi bagus, tapi i tertipu sebab bila I pergi I sakit bahu, tapi bila dah balik, I sakit bahu, I sakit hati kan? So, mak I tipu I.”

“Lepastu, ada doktor yang stitch video I cakap kenapa I tak give same energy untuk marah klinik swasta, nak tahu kenapa? Walaupun diaorang tak bagi ubat yang kena dengan I, sebab dia layan I lebih baik, layanan ada 2 jenis, satu behave and react to certain way to someone and the other one is try to cure or heal someone, If you are not try to cure or heal me doktor dari klinik kesihatan, at least treat me better, dengar dulu.”

Pesannya lagi, mereka juga prihatin mendengar masalah pesakit dan ia berbaloi jika dibayar lebih, baginya, tidak adil jika Klinik Kesihatan bertindak sedemikian rupa.

Baca : [VIDEO] Wanita Bengang Doktor KK Ambil Mudah Hal Pesakit, Ingat Datang Cuma Nak MC!

Page Klinik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.