in

“They eat what I eat” – Zarina Anjoulie ‘Sound’ Individu Yang Pertikai Dirinya Derma Makanan Mahal Dekat Orang

Anjoulie4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia tahu Zarina Anjoulie kini aktif dalam memberikan sumbangan kepada golongan-golongan yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang musim PKP ini.


Banyak pihak ingin bekerjasama dengan menyalurkan dana untuk disumbangkan kepada orang-orang terpilih, antaranya Fazura.

 

Kalau kau sendiri pun tak boleh nak makan, kenapa kau nak sedekahkan

Tapi masih ada yang bitter dengan amalannya itu, ada yang mempertikaikan mengapa Anjoulie sedekahkan makanan mahal-mahal kepada golongan memerlukan itu sedangkan wang yang dia dapat tu boleh sahaja beli barang biasa-biasa yang lebih murah dan boleh dapat lagi banyak.

Lantang dalam memberikan pendapat, Anjoulie tampil beri respon menerusi IGTV di Instagramnya dengan berkata they eat what I eat!

“Benda yang kau sedekah tu kau makan tak benda tu, kalau kau sendiri pun tak boleh nak makan benda tu kau sendiri rasa tu bukan standard kau then kenapa kau nak sedekahkan barang tu kat orang.”

Baginya mereka juga manusia biasa yang akan makan sepertimana orang yang berkemampuan makan, tambahnya lagi ia mungkin memberi manfaa kepada kita andaikata suatu masa nanti kita pula yang memerlukan pertolongan.

Bahkan Anjoulie juga menegaskan ia berdasarkan kemampuannya juga.

“Jadi untuk Anjou, ikut kemampuan lah alhamdulillah dengan duit bantuan yang dapat, yang Anjou ada, Anjou mampu nak belikan barangan basah sekali ayam sosej nugget semua mampu. Tapi kalau susu tu Anjou mengaku lah Anjou tak mampu nak beli.”

Kata Anjoulie lagi, dia ada pendiriannya sendiri kalau nak bersedekah.

 

They will eat what I eat! Tak adanya double standard tak adanya. Kita bersedekah kita kena kasi benda tu yang murah-murah. Bukan macam tu, mereka patut makan apa yang aku makan.”

Jadi, Anjoulie akan teruskan beri makanan yang sedap-sedap selagi dirinya mampu.

“Ramai Anjou nampak orang yang sebenarnya ada duit nak kasi makanan yang kau sendiri pun tak makan tak apa lah niat tu alhamdulillah dah bagus tapi kalau kita mampu tak salah kita nak share makanan yang sama macam orang kita makan.”

Baginya juga tak salah kalau kita kongsikan rezeki sama macam apa yang kita dapat kepada orang yang lebih memerlukan.

“Orang-orang susah ni, orang-orang teraniaya ni, akan selalu doakan korang jadi tak rugi.” Katanya.

 

Baca : “Nak Aku Minta Maaf?” – Ini Respon Zarina Anjoulie Pada Selebriti Yang Nak Buat Laporan Polis

Anjoulie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.