in

“The Rape Of Nanking” : Sejarah Hitam Kekejaman Jepun Seksa, Rogol, Tembak & Penggal Manusia Hingga Ragut Lebih 300,000 Nyawa.

Featured 28

Ramai yang tau Perang Dunia Ke-2 sebagai perang yang paling besar dan menyebabkan paling banyak kerosakan dalam lipatan sejarah dunia.

Malah jutaan nyawa terkorban angkara Perang Dunia Kedua yang membabitkan pertempuran negara-negara kuasa besar dunia pada ketika itu.

 

Perang Dunia Ke-2 sebenarnya bukan bermula dengan pencerobohan Nazi ke atas Poland tapi…

Namun ada satu peristiwa yang kekal sebagai sejarah hitam di China selain menjadi bukti kekejaman tentera jepun di negara tembok besar itu.

Ramai percaya yang Perang Dunia Ke-2 bermula dengan pencerobohan Nazi ke atas Poland pada tahun 1939 namun 2 tahun sebelum itu lagi sebenarnya telah bermula Perang Dunia Ke-2 ketika pencerobohan Jepun ke atas China. Perkara ini juga dipersetujui rata-rata ahli sejarah.

11 1
Sumber : allthatsinteresting

Memetik Illuminasi tembakan pertama Perang Dunia Ke-2 berlaku pada 1937 sewaktu Jepun melancarkan serangan darat ke atas China dalam usaha untuk menghancurkan kemaraan China ke Jepun.

Namun ia tidak terhenti setakat itu sahaja apabila beberapa bulan kemudian ibu negara Nanking jatuh ke tangan Jepun.

 

6 minggu ‘neraka’ buat Nanking

Disinilah kisah hitam “The Rape Of Nanking” bermula dan direkodkan sebagai tragedi pembunuhan besar-besaran terburuk dalam sejarah.

Tanggal 13 Disember 1937 dan 6 minggu berikutnya, Nanking berhadapan dengan kekejaman yang tiada batasan, malah boleh dikatakan yang tak terjangkau dek akal manusia.

12
Sumber : allthatsinteresting

4 8

Mereka membakar pekan, bandar-bandar kecil, rumah-rumah penduduk dan setiap kampung yang mereka lalui.

Stage pertama merekodkan 90,000 tawanan Jepun ketika itu digunakan untuk melatih tentera mereka berlaku kejam ke atas tahanan. Tawanan dijadikan sebagai ‘objek hidup’ latihan menembak tentera Jepun.

Kata mereka :

Lebih kejam, lebih bagus!”

Apa yang mereka lakukan ke atas tawanan perang? Tentera Jepun mengarahkan tawanan berkumpul di lokasi pembunuhan yang mereka telah tetapkan.

1 9
Sumber : allthatsinteresting

5 7

Setelah berkumpul, mereka kemudiannya akan menembak, menikam dan memenggal kepala tawanan tanpa belas dan ihsan. Malah ada juga yang dibakar hidup-hidup.

Apa yang dilakukan ke atas mayat? Mereka akan campak ke dalam tanah yang dikorek yang boleh memuatkan banyak mayat dalam satu kawasan, malah ada ke tahap mereka membiarkan sahaja mayat-mayat mereput tanpa melakukan apa-apa.

8 1
Sumber : allthatsinteresting

3 9

 

Pesta rogol dan bunuh Jepun, korbankan 300,000 nyawa

Kekejaman mereka tak terhenti setakat itu sahaja. Lepas mereka perlakukan sedemikian ke atas tahanan, sudah tentu jumlah tahanan akan menjadi kurang kerana kebanyakannya sudah dikorbankan atas tangan rakus tentera Jepun.

So apa yang mereka lakukan ialah mereka mula beralih kepada 600,000 orang awam yang sebelum ini disekat daripada melarikan diri oleh Nasionalis Cina.

2 10
Sumber : allthatsinteresting

6 6

Mereka berpesta rogol dan bunuh malah dalam siri kekejaman tentera Jepun ini menyaksikan bayi-bayi ditikam menggunakan bayonet manakala wanita-wanita hamil perut mereka dihiris dengan pedang sehingga mengakibatkan hampir 300,000 nyawa terbunuh.

Dikatakan 20,000 hingga 80,000 wanita China telah dirogol dengan brutal termasuk kanak-kanak perempuan. Mangsa rogol tidak akan dibiarkan hidup, sebaliknya mereka disula dengan buluh atau pun bayonet tentera.

9
Sumber : allthatsinteresting

13

Bagaimanapun sehingga kini Jepun masih belum mengakui kesalahan yang mereka lakukan apatah meminta maaf.

Baca : Welcome to Unit 731 : Eksperimen Gila  Kejam Tentera Jepun Yang Disenyapkan Dalam Sejarah Dunia

731