in

“The Melissa in your exam paper has nothing to do with me” – ‘Melissa SPM’ Buka Mulut

Mel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dikatakan telah ‘menyerang’ seorang wanita Inggeris yang didakwa ‘Melissa’ – merujuk kepada soalan Bahasa Inggeris Kertas 2, Rabu lepas.


Ia gara-gara nama Melissa dan sukan paragliding – secara kebetulannya sama dengan soalan yang dipaparkan menerusi kertas peperiksaan itu.

Screen Shot 2019 11 10 At 8.17.09 Am
Sumber: instagram

Tertekan dengan komen-komen berterusan daripada ‘budak SPM 2019’  di laman Instagram, Laura Melissa Williams tampil menjelaskan bahawa dia tida ada kena mengena dengan ‘Melissa SPM’.

“Saya bangun dua hari lalu, mengetahui saya tiba-tiba popular di Malaysia dan telah menerima ribuan mesej, ‘meme’ dan komen di Instagram dan Twitter.

“Saya dikaitkan dengan kajian kes peperiksaan Bahasa Inggeris SPM menyatakan seorang paraglider berusia 16 tahun bernama Melissa yang terbabit kemalangan ketika sedang melakukan aktiviti paragliding yang perlu dijawab pelajar berusia 17 tahun di negara kamu”, katanya.

Screen Shot 2019 11 10 At 8.47.33 Am
Sumber: instagram

Katanya, mesej dan komen yang dilontarkan kepadanya boleh menjejaskan kesihatan mental walaupun dia cukup dewasa untuk menerima komen-komen seperti itu.

“Banyak mesej positif daripada kamu dan saya amat kagum. Terima kasih. Saya pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini dan menyukai negara kamu. Saya gembira ramai antara kamu yang berminat untuk mencuba paragliding. Ia sukan yang hebat.

“Mesej melampau seperti itu amat menyakitkan dan boleh menjejaskan kesihatan mental. Sebagai wanita berusia 30-an, saya cukup dewasa untuk melihat mesej tersebut.

“Tetapi jika saya seorang gadis berusia 16 tahun ini mungkin berbeza. Mereka yang menulis komen seperti itu patut berfikir sebelum bertindak”, ujarnya.

Screen Shot 2019 11 10 At 8.46.49 Am
Sumber: instagram

Melissa, menerusi laman Instagramnya berkata mesej sebegitu perlu dihentikan kerana ia memberi kesan buruk kepada mangsa buli siber.

Melissa yang kini sedang bekerja untuk projek yang melibatkan peragai manusia – melihat perkara itu sebagai ‘sumber’ kepada kajiannya dalam projek tingkah laku manusia

“Tolonglah berhati perut, kita semua manusia biasa, Kebetulan saya seorang artis yang bekerja untuk projek yang fokus kepada gabungan teknologi dan tingkah laku manusia dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan, hati dan minda kita.

“Kamu memberikan saya sumber paling menakjubkan untuk tingkah laku di media sosial dan kesedaran mengenai perasaan seseorang yang menjadi mangsa buli siber”, akhirinya.

Baca: “Ni sejenis cyber bully” – Akibat Dikecam Gara-gara Soalan SPM, Wanita Ini Nekad Untuk Tutup Akaun Instagram

Screen Shot 2019 11 10 At 9.08.23 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.