in

PM Bimbang Kes Muflis & Pengangguran Di Kalangan Belia Meningkat

Kadar Penganggur Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar peningkatan jumlah kes muflis melibatkan golongan belia mencetuskan kebimbangan dan perkara tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bakal mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan tersebut.



Menurutnya, pihak kerajaan akan berusaha membantu golongan terbabit dengan masalah tersebut dan bakal melakukan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsian Mohd Yunus.

Tambah Datuk Seri Ismail lagi, pihaknya pernah menaikkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000 daripada RM50,000 selain turut menangguhkan tindakan undang-undang kebankrapan pada tahun 2020 semasa pandemik melanda.

Ismail S

Hal ini diutarakan Perdana Menteri semasa ucapan perasmian penutupan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Ahad lalu.

Selain itu, Ismail Sabri berkata fasa Peralihan ke Endemik yang bermula 1 April lalu ini telah menjadi titik tolak kepada pemulihan ekonomi negara yang berada pada momentum yang baik sekali gus menurunkan kadar pengangguran di negara ini.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sehingga April 2022, kadar pengangguran negara berjaya diturunkan kepada 3.9 peratus berbanding 4.6 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.

1235357

Ini juga merupakan kali pertama kadar pengangguran menurun di bawah empat peratus sejak pandemik Covid-19 dengan bilangan penganggur kekal pada trend menurun untuk sembilan bulan berturut-turut.

Tambahnya lagi, pandemik Covid-19 telah mengubah landskap pekerjaan negara yang mana kadar pengangguran pada tahun 2020 dan 2021 berada pada tahap tertinggi iaitu 4.5 peratus dan 4.6 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Selain itu, kadar pengangguran melonjak kepada 5.3% pada bulan Mei gara-gara penutupan beberapa sektor ekonomi dan ianya merupakan kadar pengangguran bulanan yang paling tinggi dicatatkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah mengadakan banyak karnival kerjaya sejak Oktober 2021 sebagai sokongan bagi menjamin kelangsungan dan kehidupan yang baik selepas pandemik.

Baca : Syarikat Di India Ini Benarkan Pekerja Tidur Selama 30 Minit Untuk Tingkatkan Produktiviti

F3 Nep

Sumber: MyKMU
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.