in

Tewaskan Trump! Joe Biden Presiden Baharu Amerika Syarikat

1Bident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), dan menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu dan mengejutkan dunia serta menyebabkan negara itu mengalami perpecahan paling teruk.


Rangkaian berita @TIME di Twitter melaporkan kemenangan itu selepas pengiraan undi di Pennsylvania menyaksikan Biden mendahului pengundian antara negeri untuk menentukan pemilihan presiden AS ke-46.

Screenshot 2020 11 08 At 11.23.24 Am Screenshot 2020 11 08 At 11.23.34 Am

Bagi Biden yang mencatatkan rekod dengan lebih 74 juta undian, kemenangan dalam pertarungan sengit ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 adalah pencapaian terhebat peribadi selepas terbabit hampir setengah abad dalam politik AS, termasuk lapan tahun sebagai timbalan kepada presiden kulit hitam pertama AS iaitu Barack Obama.

Screenshot 2020 11 08 At 11.27.43 Am
Sumber: google

Keputusan itu menyaksikan Trump, yang beberapa kali membuat kecoh dan menghentikan pengiraan undi kini muncul presiden satu penggal pertama selepas George H W Bush pada awal 1990-an.

 

Baca: “Kalau kira undi sah, dengan mudah saya menang” – Trump Mengamuk & Dakwa Kemenangan Dirampas, Joe Biden Hampir Menang

Screenshot 2020 11 08 At 11.29.52 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.