in

“Terutama dari Pakistan” – Individu Dakwa Ada Pengutip ‘Cukai’ Haram Di KLIA?

Untitled design 2024 04 18T155212.781

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memaparkan beberapa orang tempatan dikatakan meminta wang daripada pendatang asing tanpa sebab yang kukuh.

Dalam video yang dikongsikan oleh @khanxze di laman TikTok miliknya itu, difahamkan individu berkenaan meminta wang sebanyak RM300 serta mendakwa mereka adalah anggota imigresen.


Bercakap kepada Lobak Merah, individu yang dikenali sebagai Khan itu mendakwa dia didatangi oleh seorang lelaki pada 11 April lalu di KLIA yang bertanya jika dia boleh bercakap dalam Bahasa Pakistan, lalu Khan menjawab dia boleh berkomunikasi dalam bahasa itu.

@khanxze

Salam Sejahtera. Rasuah, penipuan atau mencari rezeki❓Di lapangan terbang antarabangsa kami (KLIA) terminal 1 .Sila tonton video dan berikan pendapat anda. Ketika saya berada di balai ketibaan KLIA terminal 1. Seorang penumpang menghampiri saya dan meminta bantuan dalam nada sedih dan dia bertanya sama ada saya boleh bercakap dalam bahasa Pakistan? Saya katakn ya. Apa yang boleh saya bantu? Katanya, seorang individu tidak dikenali mengaku sebagi pihak Imigresen telah mengambil RM 300 daripadanya.dan meminta bantuan saya untuk minta penjelasan kenapa dia perlu membayar wang kepada individu tersebut. Saya pun macam tak percaya, kenapa kalau tak ada perkhidmatan orang mesti bayar kat mereka? Jadi i duduk dekat kerusi di Sana sambil memerhati mereka. Memang benar penumpang yang datang terutamanya dari Pakistan akan ditahan oleh mereka dan mengambil pasport mereka jika mereka melawat atau datang ke Malaysia buat kali pertama. Mereka diketepikan dan diminta membayar jika ingin dilepaskan. Persoalan yang timbul , adakah wajar mereka berbuat sedemikian? . Dimanakah nilai tanggungjawab mereka terhadap negara? Saya tidak berniat untuk memburukkan nama mana-mana individu atau jabatan yang berkaitan, tetapi sampai bila negara kita akan dikhianati!!! Sebagi rakyat malaysia saya rasa kita perlu menjaga nama baik negara kita. Disebabkan itu saya tampil kehadapan untuk membantu pelawat yang meminta Bantuaan saya. Lebih-lebih lagi saya juga faham “kerana nila setitik rosak susu sebalanga” . Lapangan terbang antarabnggsa kita pernah menjadi Lapangan terbang terbaik di dunia. Tetapi masih Ada orng tidak Bertanggungjawab . Akhir sekali saya inigin meminta maff seikhalas hati jika terslah atau anda tidak jelas memahami ape yang saya telah sampaikan.Saya berharap agar anda semua tidak membuat sebarang Spekulasi tanpa menonton video sepenuhnya yang berdurasi satu minit dan dua puluh saat terima kasih. Semua pihak perlu Berganding bahu untuk menjaga nama baik negara kita thank you once again.?

♬ original sound – khan – khan

Kemudian, lelaki itu berkata ada seorang individu yang claim dirinya dari imigresen dan meminta sejumlah wang daripadanya.

“Saya pun macam tak percaya, kenapa kalau tak ada perkhidmatan orang mesti bayar kat mereka? Jadi saya duduk dekat kerusi di sana sambil memerhati mereka.

Memang benar penumpang yang datang terutamanya dari Pakistan akan ditahan oleh mereka dan mengambil pasport mereka jika mereka melawat atau datang ke Malaysia buat kali pertama.

Mereka diketepikan dan diminta membayar jika ingin dilepaskan. Persoalan yang timbul , adakah wajar mereka berbuat sedemikian,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, Khan dalam posting tersebut berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu ini dan berharap agar ianya diselesaikan segera.

Kes apa pula ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.