Ramai di kalangan peminat usahawan dan selebriti, Noor Neelofa di luar sana pasti tertanya-tanya, bagaimana pada mulanya bekas pengacara Meletop ini boleh jatuh cinta dengan suaminya, PU Riz kan?
Akhirnya, Neelofa baru-baru ini mendedahkan bibit percintaannya dengan suami dan bagaimana mereka boleh jatuh hati antara satu sama lain hingga melangsungkan perkahwinan pada Mac lepas.
https://www.instagram.com/p/CM-5-FsH7HU/
Cinta berputik lepas ‘pinjam’ Al Quran
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram peminat pasangan tersebut, Neelofa mendedahkan yang percintaan mereka bermula sejak Ramadan tahun lepas.
Menurut Neelofa, semuanya bermula selepas Al Quran yang dibawa PU Riz semasa menunaikan solat tarawih bersama keluarga Neelofa tertinggal di rumah mereka.
Al Quran itu kemudian digunakan Neelofa untuk menanda beberapa ayat penting yang digunakan untuk kelas tilawahnya. Aww so sweet!
Ni Al Quran yang Haris bawa untuk tarawih dengan kita orang semua bulan Ramadan dulu, waktu cinta mula berputik. Haris tertinggal Quran kat rumah I lepas tu I pun kebas.
“I guna Quran ni untuk kelas tilawah, Haris mintak balik, I tak bagi sebab dah tanda. It’s mine now. Ikhlas tak bagi ni?” kata Neelofa sambil mengusik suaminya.
https://www.instagram.com/p/CNiM148BYOe/?utm_source=ig_embed
Pu Riz yang berada di sebelah Neelofa semasa menceritakan hal tersebut hanya tersipu-sipu malu bila isterinya mula menyebut perkataan ‘cinta mula berputik’.
“Tertinggal al quran dan tertinggal hati sekali”
Rata-rata netizen yang juga melihat video tersebut memuji pasangan ini yang kelihatan sangat sweet dan mendoakan semoga mereka berdua berbahagia selalu. Malah ramai juga yang geli hati melihat sikap malu-malu PU Riz apabila diusik isteri.
Semoga berbahagia selalu ye Lofa dan Haris.