Memandangkan raya tahun ni tak macam tahun-tahun sebelum ni, mungkin vibes raya tu mesti juga dirasakan walaupun sedikit. Aktiviti bermain bunga api dan mercun salah satu aktiviti kalau boleh mesti dibuat waktu raya. Mungkin vibes raya tu masih ada lagi kan even tahun ni kena raya kat rumah je.
Viral di Twitter mengenai satu video yang menunjukkan sekumpulan remaja sedang bermain meriam tin di kampung. Namun, ada juga sekumpulan budak kecil yang turut bermain benda yang sama di seberang jalan.
Apa yang menghiburkan ialah cara remaja ini menyakat budak-budak yang bermain meriam tin di seberang jalan dengan mengatakan yang meriam yang mereka main tu tak meletup.
Korang kena tengok video ni macam mana diorang sakat budak-budak tu.
Tapi memang betul weh letupan meriam tin budak-budak tu just kecil je sementara meriam budak remaja ni bunyi kuat sampai terpelanting tin tu dibuatnya.
“Booo…booo.. kalah.. Tak pandai main”
Namun, apa yang membuatkann netizen terhibur lagi salah seorang daripada budak-budak tu seakan-akan nak melawan diorang sebab kena ejek yang meriam tin diorang buat tu kurang menjadi.
Memang terhibur sangat warganet yang tonton video ni .
Kalau aku jadi budak tu, aku nangis dah
Aku dah cakap aku suka lawak kau
Yang budak kecik part last tu aku terhibur
Apa-apa pun kena hati-hati kalau nak main. Admin tengok sorang member tu dah berbalut dah tangan dia dalam video tu. Hehe