in

Terlalu Mengantuk Jadi Punca Lelaki Ini Tertelan Berus Gigi Ketika Menggosok Gigi

F1 Brush Teeth E1633236683689

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah dapat tidur yang cukup, namun kadang-kadang rasa mengantuk tu tak boleh dibendung pada waktu pagi. Nak bangun tu rasa macam liat semacam je kan tapi kena la bangun jugak, kalau tak lambat pulak pergi kerja kan.


Namun, buat seorang lelaki di China ini pula, ada satu kejadian pelik dan bahaya telah menimpa dirinya gara-gara berus gigi pada waktu pagi. Menurut Oddity Central, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu telah tertelan berus gigi sebab pada ketika aktiviti itu dilakukan, dia agak mengantuk.

Brush Teeth 1

Difahamkan, kejadian itu terjadi sebab pada hari tersebut, dia rasa lebih mengantuk daripada biasa pada waktu pagi ketika bersiap-siap untuk memulakan harinya. Ketika dia sedang memberus gigi di bahagian belakang mulut (mungkin gigi geraham), tiba-tiba berus gigi itu terlepas dari tangannya.

Berus gigi tu kemudiannya termasuk sikit ke dalam tekaknya namun dia tak berjaya nak keluarkannya dari tempat tu sebab berus tu licin, mungkin sebab dah terkena buih ubat gigi.

Tindakannya tadi hanya mengeruhkan lagi keadaan sebab lelaki dari wilayah Jiangsu ini dah menyebabkan berus gigi tu masuk lagi dalam. Dia pun cepat-cepat ke hospital untuk rawatan sebab dia dah mula rasa sakit.

Brush Teeth 2

Yang lagi seram, berus gigi tadi bersaiz lebih kurang 15 sentimeter. Panjang jugak tu! 

Lelaki ini kemudiannya dibedah untuk mengeluarkan objek asing itu.

Walaupun korang rasa benda ni macam tak logik, namun untuk pengetahuan semua, kejadian yang sama pernah berlaku kepada seorang lelaki di India dan kanak-kanak di Singapura.

Sumber: Oddity Central 

Baca: “JANGAN GOSOK GIGI LEPAS SAHUR!”- Doktor Ingatkan Risiko Jika Gosok Gigi Lepas Makan, Takut Nanti Gigi Jadi…

Brush Teeth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.