in

Jamu Tetamu Dengan Nasi Bungkus Ketika Majlis Kahwin, Tindakan Pengantin Dari China Ini Dikritik Ramai

F2 Makan Nasi Bungkus Di Kenduri Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, dengan kos sara hidup dan harga barang yang meningkat, majlis kenduri kahwin memang akan menelan kos perbelanjaan yang besar.

Oleh sebab itu lah, ada sesetengah pengantin yang lebih gemar untuk beserdehana dalam menganjurkan majlis agar bajet dapat digunakan sebaik mungkin dan tidak membazir.


Mungkin itulah yang ada di fikiran pasangan pengantin di Wuhan, China ini apabila mereka menjamu tetamu majlis kahwin mereka dengan hidangan nasi yang telah siap dibungkus.

Memetik laporan The Thaiger, hidangan nasi bungkus kepada tetamu majlis itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada warganet negara itu kerana majlis itu diadakan di dewan sebuah hotel.

4

Jadi, mungkin ada yang rasa macam tak kena pulak makan nasi bungkus dekat majlis kahwin dekat hotel. 

Difahamkan, nasi bungkus itu berharga 50 yuan (lebih kurang RM32) setiap satu.

Artikel Berkaitan: Kecoh di TikTok, Ada Makcik Nak Tapau Lauk Kenduri Tapi Dihalang Staf Katering?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lawak! Kesan Gincu Tak Hilang Masa Lelaki Cuci Gelas Ketika Kenduri Kahwin

Menerusi gambar yang tular, difahamkan juga bahawa nasi bungkus itu berisi lauk telur goreng, daging dan sayur.

Tindakan pengantin yang memutuskan untuk menjamu tetamu dengan nasi bungkus itu telah mengejutkan warganet kerana cara itu jarang dibuat oleh masyarakat di negara itu.

Namun, ada juga warganet yang bersangka baik dan berpendapat bahawa nasi bungkus itu mungkin dijamu kepada ahli keluarga pengantin yang membantu membuat persiapan untuk majlis itu sebagai makan tengah hari dan majlis kenduri yang sebenar pula akan dibuat pada waktu malam.

Tapi, apa-apa pun, min rasa, sebagai tetamu, kita terima seadanya je lah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kan. 

Sumber: The Thaiger

Sumber: The Thaiger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.